Pahala bagi orang-orang yang bersabar menurut Saidina Ali Karamallahu Wajhah berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
"Sabar itu ada tiga:
1. Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak merasa marah terhadap musibah yang menimpanya sebaliknya dia menerima dengan baik musibah itu. Maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya yakni mentakdirnya atau menyuruh menulis di Luh Mahfuz 300 darjat, yakni darjat yang tertinggi di Syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.
2. Barang siapa yang bersabar dari maksiat, yakni meninggalkan kerja-kerja maksiat maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana satu darjat itu seperti permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi yang terakhir.
3. Barang siapa bersabar dalam mengerjakan ketaatan, yakni mengerjakan apa yang diperintahkan Allah maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 900 darjat yang mana setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti permukaan bumi hingga ke Arasy. Dan dia adalah makhluk darjatnya dua kali ganda. Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya paling tinggi yang paling tinggi."
Dalam ayat alquran terdapat 49 ayat alquran yang menjelaskan dan menceritakan sifat kesabaran. Antaranya Allah berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah berserta orang-orang yang sabar
Al baqarah : 153
7 comments
semoga kite semua menjadi orang yang sabar...aminn
harap kite boleh menjadi seorang yg penyabar. amin :)
Assalammualaikum iman..sabar itu pahit kerana syurga itu indah..semakin kita bersabar setiap kali itulah darjat kita Allah tinggikan..semoga kita sentiasa tabah dan cekal hati untuk BERSABAR..
Besarnya ganjaran og yg sabar. Sabar juga buat kita tenang.
Semoga M dapat perbaiki tahap kesabaran ni..
semoga kita diberikan tahap kesabaran seperti ini
yup setuju sgt