Assalamualaikum
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
haa..realiti kot kan?walau iman xkwin lagi tapi rasa ilmu nh.copy sila ke http://pakarcinta.com/blog/pesanan-buat-suami-oleh-dato-dr-hj-mohd-fadzilah-kamsah/ untuk lihat selebihnya.
18 comments
Nice info dik..
^_^... ada kebenarannya di situ...
like..;-)
Alhamdulillah sharing yang sangat membuka mata hati..suami isteri saling melengkapi..bukan sahaja dalam perhubungan malahan dalam segala bentuk keperluan juga kehendak..suami itu imam dalam rumahtangga..betul kiblatnya maka luruslah jalannya..
pesanan yg bagus nih kan..
nice sharing..hihih..
baca nih terus terfikir mak ayah kite..
biasa lepas kahwin sebegitu la yer
Ni memang patut lekatkan dalam otak setiap lelaki ni Iman...he..he...
Tolong nasihatkan abg ije yg no.10 tuuuuuuu!!!!
Tolonggggggg!!!!!
Haha!
he he gd one tq sharing ye
Ada nasihat yg kelakar di situ ;)
walaupun lambat lg, tp kena ambik tau gak sebagai persediaan.. =)
nice entry
ya betul no.3 cukup setuju.
dan cukup sensitip.
ya la knapa nak dibandingkan.mak dah berapa lama kawin.isteri baru brpa bulan dinikahi mana boleh nk bandingkan
cukup tak adil.lai org lain cara masakannya.
haha...nasihat yang DR berikan ini...amat berguna......bagus amalkan nasihat ini hahaaha...terutama saya hahaa
Nasihat yang baik. Thanks!
nice info..para suami dtg baca ini..hehe