| klik banner |
Sunday, 20 July 2014
Friday, 18 July 2014
Pesawat MH17 Penerbangan Jenis Boeing 777 Terhempas Di Ukraine
Assalamualaikum
Allahu... mampu aku menadah tangan berdoa memohon kepadaNYA atas apa yang berlaku. Kita bertubi-tubi diuji dengan 'hidangan' Nya. Hidangan yang mana kita sendiri terlupa ia nya untuk kita. Aku menadah tangan, memanjat doa kepada mu atas apa yang berlaku, aku terima dengan redha.
Seperti yang sedia maklum malam tadi, berita Astro Awani mengatakan MH17 terhempas di Ukraine. Jumlah yang tidak rasmi MH17 seramai 280 orang termasuk Malaysia serta bayi. Pihak ' Republik Rakyat Donestk' mengaku puak pemisah menembak MH17 yang disangkakan sebuah pesawat Ukraine yang besar dalam media Ukraine malam tadi. Sumber myMetro pagi ini.
Sedikit informasi mengenai MH17 dimana penerbangan MH17 yang pertama ialah pada 17.7.1997 dan penerbangan yang terakhir MH17 ialah pada 17.7.2014. Subhanallah... Ia merupakan ulangtahun yang ke 17 bagi pesawat berkenaan.
![]() |
#prayforGaza
#prayforMH17
Ujian untuk 10ramadhan yang terakhir ALLAH mengingatkan kita kembali yang terleka.
Wednesday, 16 July 2014
Tips PenjagaanTilam
Assalamualaikum
Tilam? Tilam ialah item atau aset yang paling indah dan bahagia bagi iman lah. Macam balik dari kerja, mesti cari tilam dengan bantal busuk dulu. Of cz lah cari benda tu dulu sebabnya, itu lah konon-konon nya tempat paling 'bahagia' (syurga tetap bahagia). Kita ni orang dewasa mesti tidur 8jam sehari betul tak? Tapi kekangan masa dengan timbunan kerja, had waktu tidur tu singkat sangat-sangat. Bila doing a lot`s work, balik dapat pula tilam empuk... syiookkk tak hengat dunia.
Tilam adalah tempat untuk kita landing dengan lena, disamping ia berguna menyokong & menampung tulang belakang & kesihatan otot. Tapi ada juga yang tak ssyiookkk nya bila tilam kita dah tak empuk. Macam mana kita nak kembalikan tenaga andai tilam kita tak empuk? Iman ada tips penjagaan tilam yang insya allah dapat membantu kita yang kuat kerja ni.
| sumber google |
TIPS PENJAGAAN TILAM
Alih Posisi Tilam
Pastikan posisi tilam diubah 6 bulan sekali. Apa yang dikatakan posisi tilam? Bermaksud kita terbalikkan side tilam supaya bebanan berat badan tidak tertumpu pada satu tempat je.
Pelapik Tilam
Gunakan pelapik tilam yang menutupi atas tilam (matters cover). Ia melindungi tilam dari berdebu & kekotoran daripada terus menghingap ke permukaan tilam. Selain itu, ia dapat menghalang tilam dari koyak.
Kotoran
Jangan biarkan cecair atau kotoran tumpah diatas tilam. Jika berlaku, segeralah dicuci dan dibersihkan dengan syampu khas & span. Option untuk mengeringkan nya adalah dengan menjemur di panas atau menggunakan hair dryer.
Lipat Tilam
Elakkan melipat tilam. Ini menyebabkan spring tilam cepat rosak. Tapi kalau tilam bujang macam iman yang tak pakai katil tu, iman lipat je.
Sumber : SINI
Tuesday, 15 July 2014
Segmen: Saya Nak Kad Raya Daripada Ekatikah.
Pada zaman era moden ini, amalan kirim-mengirim kad raya tidak dilupakan. Walaupun zaman sekarang orang ramai lebih gemar mengirim balas ucapan Hari Raya menggunaan pesanan ringkas SMS, WhatsApp dan sebagainya, kad raya masih antara yang the best. Hehe
Oleh itu, satu Segmen: Saya Nak Kad Raya Daripada Ekatikah diadakan. Bermula hari ini 13hb July dan berakhir pada 20hb July jam 12 tengah hari. Sesiapa yang nak kad raya, dijemput untuk sertai.
Syarat-syarat:
1. Follow blog Bila Jari Mula Menaip, add to circle G+ EkaTikah.
3. Buat entri bertajuk Segmen: Saya Nak Kad Raya Daripada Ekatikah.
4. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Credit to MiaLiana.Com
5. Tinggalkan URL entri di ruangan komen entri ini.
Pilihan Pemenang:
1. 20 orang pemenang akan dipilih menggunakan Ramdom.org.
2. Pemenang akan diumumkan sama tarikh tamat penyertaan.
Selamat menjoinkan diri
Salam Nuzul Al-Quran
Assalamualaikum
Lama rasanya tidak mencatat dalam umah usang walau hakikatnya baru beberapa hari update entry. CPUV still on going, tapi Alexa Ranking down gila-gila. Apa nak buat kekangan masa, tambah-tambah ramadhan ni. Kita sudah pun memasuki fasa kedua iaitu minggu maghfirah ( keampunan). Gunakanlah kesempatan yang ada ni sebaik mungkin. Mungkin ini ramadhan yang terakhir kita, atau hari terakhir minggu kita untuk memohon keampunan. Bila dah masuk fasa kedua, maka hampirlah kita dengan turunnya hari Alquran yang lengkap seperti yang kita iqra'i pada hari ini. Siapa ingat surah apa yang diturunkan oleh ALLAH mula-mula sekali? Iyer betoi! Iqra! Iqra! Iqra!... Hafal tak surah seringkas ini? Insya allah semua hafal kan? Kalau tak hafal boleh belajar untk dihafal ok. Islam tak menyukarkan, tapi islam memudahkan.
Kesempatan ini iman nak ucap Salam Nuzul Alquran. Dekat bawah ini iman akan copy paste yang dikongsi oleh JAKIM. Serba sikit kita boleh memahami apa itu Nuzul Alquran.
Nuzul Al-Quran
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqanbererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
sumber : JAKIM MALAYSIA
Saturday, 12 July 2014
Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...
Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas ini dibawakan khas untuk uolss bersempena dengan Syawal yang bakal menjelma beberapa minggu jer lagi ni. ^_^... Dalam masa yang sama kira2 macam Blog E-Card dari Bubblynotes.Com kepada uolss jugaklah... Tak dapat or tak sempat nak hantar Kad Raya pakai pos, pakai Blog E-Card pun boleh juga ye tak??? Janji ucapan sampai... Sebab kalau nak diikut2kan iolss nak ajer hantar Kad Raya pada semua readers Bubblynotes yang selama ini sudi datang menjenguk dan membaca entri2 Bubblynotes.Com selama ini... Dalam masa yang sama segmen ini bertujuan nak rapatkan lagi silaturahim sesama weolss semua, follow memfollow serta blogwalking. Semua blogger tak kira baru atau lama, famous atau tak, retis atau tak, glam atau tak adalah dijemput untuk memeriahkan segmen ini. 10 pemenang akan dipilih oleh Pakcik Random.Org dan kesemua pemenang yang terpilih akan disenaraikan di dalam Bloglist Segmen Bubblynotes.Com bagi menggantikan Bloglist Segmen yang terdahulu.
"Tarikh Segmen: 12/7/2014 sehingga 19/7/2014"
Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com dan ADD TO CIRCLE G+ Farah Waheda Wahid
2. Buat entri bertajuk Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.
![]() |
| Credit to MiaLiana.Com |
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen entri ini.
PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Random.Org.
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/7/2014 yang mana kemudiannya akan dimasukkan terus ke dalam senarai bloglist pemenang segmen.
Friday, 11 July 2014
Proses Pembayaran Zakat Online
Assalamualaikum
Maksud zakat dari segi bahasa ialah " Bersih", " Suci', " Subur", "Berkat" & " Berkembang". Pengertian " Bersih" & " Suci" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya dari sifat kedekut & bakhil.
Manakala dari segi syarak bermaksud mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat yang ditetapkan.
Sekarang dah tak payah susah-susah nak pergi Lembaga Zakat nak berasak-asak untuk pembayaran zakat. Dimana-mana sahaja kaunter zakat ada contoh masjid-masjid, shopping mall, lembaga zakat sendiri, drive thru pun ada & paling efektif of cz la menggunakan online system. Ini pun kali pertama iman membayar zakat. Al maklum la, tahun-tahun sebelum nya kerja tak berapa nak mantap sebab baru setahun jagung, tahun-tahun sebelumnya pulak belajar. Jadi inilah pengalaman pertama iman membayar zakat fitrah. Senang je rupa-rupanya menggunakan e-zakat pay ni. Jom iman share. Lupa, kadar pembayaran zakat RM7 untuk satu kepala ( ikut pada kadar zakat negeri masing-masing).
Proses Pembayaran Zakat Online
Buka web Lembaga Zakat Selangor ( ikut negeri masing-masing).
Klik sebelah kanan e-zakat pay
Keluar browser macam dekat bawah ni
Isi semua maklumat yang dikehendaki.
Pilih zakat fitrah. Paling maksimun 2 kupon untuk sekali pembayaran.
Dah isi, confirmkan samada YA, TIDAK.
Bila dah pilih, klik pada bank yang kita nak bayar zakat.
Akan keluar browser bank. Proses bank berjalan dan bila siap akan keluar macam dekat bawah ni. Klik complete transaction.
Done siap!
ISLAM TAK MENYUSAHKAN, TAPI ISLAM ITU MEMUDAHKAN
Wednesday, 25 June 2014
Santai : Angka 7 Dalam Ciptaan ALLAH
Assalamualaikum
Alhamdulillah masih bernafas, masih diberi pilihan untuk hidup. Iman pun tak nak cakap banyak, cuma nak kongsi sedikit ilmu pagi ni. Angka 7 dalam ciptaan ALLAH yang cukup mempesonakan. Bila baca, ada yang meremang bulu roma. Ya ALLAH, ilmu aku masih tidak cukup, amal aku masih belum sempurna, masih ada waktu ke untuk aku melakukan nya? Tepuk dada, tanya iman T___ T
Monday, 23 June 2014
Pengalaman Temuduga Ijazah Kejuruteaan Awam UPNM
Assalamualaikum
Lama punya citer ni. Hari tu kan iman ada dapat panggilan temuduga, so macam biasa lah. Confirm la kena pergi dengan hati yang berat & malas. Merengek-rengek macam bebudak, merayu dekat kawan tak nak pergi. Siap dah sampai depan dewan, boleh lagi tarik kawan ajak balik. Macam biasa ayat kawan iman ni macam emak-emak " jangan nak ngada-ngada. dah sampai ni tak kan nak balik. cepat masuk! ". Rasa nak nangis time tu. Rasa macam kena 'penjara' je. Ops lupa. Panggilan dari UPNM ni ambil dua intake untuk budak kadet & awam. Kadet tu khas untuk bakal-bakal tentera yang confirm keluar je berkhidmat dengan ATM, manakala awam pula macam student biasa dekat U lain.
| UPNM SINCE 2006 |
Tepat jam 8.30pagi, kami diminta berbaris untuk pemeriksaan fizikal. Beratur jangan cakap lah, panjang ya Robb, sakit kaki lah, sakit hati lah, sakit jiwa lah. Sampai turn iman, check penglihatan mata. Ok done lulus, next check BMI. Ini paling takut sebab iman sendiri dah tahu obes. Serius kot, naik-naik timbang calculate BMI meme obes. Pen merah kot.. Iman lah first kot yang kena pen merah. Next check BP, ok normal je. Sampai je dekat pegawai perubatan tu, dah tak tanya apa-apa. Sedangkan before-before iman, pegawai akan tanya " kamu ada masalah asthma atau sakit-sakit badan yang serius". Iman??? Confirm lah tak tanya sebab dah ada pen merah. Ok done sesi pemeriksaan fizikal.
Next baru temuduga untuk akademik. Temuduga akademik dyorang buat kat fakulti sendiri-sendiri. Sakit kaki yang tadi tak habis lagi, ni suh berjalan laju pula. Tahan je la. Macam biasa akan berkumpul, then ada urusetia akan tanya siapa nak volunteer dulu. Iman tanpa berfikir, nak jadi volunteer sebab pikir satu je. NAK CEPAT BALIK. Ok sesi temuduga bermula.
Ada 3 orang panel, dan calon akan masuk sekali 2orang iman & partner. Jom iman kongsi apa yang panel tanya & suka bertanya :
- Can you introduce urself? ( jawab WAJIB dalam b.i sebab bila panel tanya dalam b.i, jawab dalam b.i. Bila kita tanya bolah jawab tak dalam bm, dia akan tanya reason kenapa tak nak jwb dalam b.i).
- Why u interested to study here? ( pandai-pandai la menjawab).
- Masih ingat subjek teori struktur? Macam mana lakaran daya ricah, daya lenturan. ( Ini main belasah je. Partner kalut, iman pun kalut. Last-last partner dapat jawab).
- U mana lagi apply selain UPNM? ( iman cnfrm jawab benda yang betul, kebetulan partner sependapat dengan iman).
- Based on ur spm result in ur add math it`s very worst, when u join poli ur eng math very excellent? Why? ( aku jawab sejujurnya & apa yang aku rasa).
Inilah gambaran soalan-soalan untuk bidang iman. Macam biasalah, bila diterima mereka pesan jangan nak 'beranak' time blajo.Sebabnya risk la, kan itu U yang melatih ketenteraan. Sebelum balik, dyorang akan bagi kita kertas untuk tolak mata kredit bila diterima nanti. Meme niat nak tolak, jimat waktu. Tapi bila seakan 'ayat pedas' tu, terus tak jadi tolak. Ok itu je pengalaman iman. Dan ini pertama kali iman interview untuk sambung belajar. Ada rezeki tak kemana. Insya ALLAH...
Friday, 20 June 2014
Renew Lesen Di Pos Malaysia
Assalamualaikum
Lesen semakin hari semakin expired tunggu waktu nak direnew. Yela iman renew dua tahun sekali. Tapi tahun ni macam ongkosnya kurang. So ukur baju pada badan sendiri la. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan urusan hari ni walau hati berbelah bagi nak pergi ke tak. Ikutkan hati nak je sambung tido, tapi memikirkan 'denda' kalau lambat renew terus tak jadi. Proses renew lesen sekejap je sebab tak ramai orang. Selalunya ramai dekat Pos ofis. Tapi hari ni lengang sangat-sangat. Iman dapat no giliran pun lagi dua giliran nombor iman. Datang 9.25pagi siap 9.35 pagi. Siap boleh pergi JPN tentang pembaharuan IC iman.
Bila nombor dipanggil, just bagi lesen & ic kita je. Bagitau nak renew setahun ke, dua tahun. Rate untuk setahun sepatutnya RM30, tapi tadi iman RM32 plus service tax kot. Kalau dekat JPJ mungkin RM30 je. Lupa pula, kalau renew lambat lepas tarikh expired secara automatic kita kena renew dua tahun RM60. Ini sebab terjadi dekat akk iman awal tahun hari tu. Then kena tunggu sekejap lesen baru tu. Bila dah siap ini hasilnya.
Lesen baru kali ni meme dia scan dari ic. Macam mana gambar kita, macam tu lah dekat lesen. Tapi kalau tak silap iman, dekat JPJ boleh scan dengan gambar pasport yang kita bawak kan? Yang tu iman tak berapa nak sure. Kelakar la lesen baru iman sebab iman tak buat lagi ic yang baru. Ingat nak tukar tapi bz sokmo. Lesen lama dah boleh simpan dalam kotak sambil buat frame hehehe....
Baru-baru ni ada roadblock, so macam biasa motor confirm kena tahan walau tak ada wat salah. First time abam polis tegur iman macam tu.Tegur apa? SSSShhhhh... Nanti iman citer lain. So siapa-siapa yang nak renew lesen dekat Pos Malaysia,proses nya macam iman terang dekat atas lah. Harap dapat membantu siapa yang nak renew. Kenapa iman tak buat dekat JPJ? JPJ dekat bangi ni ada satu je, kena kongsi dengan semua daerah Hulu Langat. Selalu ramai sampai kena tunggu dekat luar. Padahal JPJ tu ofisnya besar. Buka 7.45 pg, bayangkan kalau datang pukul 8pagi nombor dah beratus-ratus. Tu yang tak sanggup. So pilihan yang bijak dan ringkas, POS MALAYSIA je la.
Wish Birthday Awal
Assalamualaikum
Balik dari renew lesen, saja nak buka Google. Sekali tengok terkejut. Awat awal sangat Mr. Google wish awal-awal ni. Padahal hari ni birthday my future husband (INSYA ALLAH).Confus jugak la kan. Tapi apa-apa pun terima kasih la wish awal-awal ni. Mr. Google orang ketiga yang wish awal. First wish, New York Skin Care Solution, second my Celcom bonus hari jadi & 3rd Mr. Google. Terima kasih ^_^. Ada sape-sape nk wish awl lagi tak hehehhe...
Tuesday, 17 June 2014
Bila Octupus Serba Salah
Monday, 16 June 2014
Bila Kita Melakukan Urusan NYA, aLLAH Akan Permudahkan Urusan Kita
Assalamualaikum
Tanggal 5 Jun 2014 bersamaan hari Khamis jam 530ptg dengan selamatnya, anak buah iman LUQMAN HAKIM BIN KAMARULZAMAN & MUHAMMAD SOBRI BIN AHMAD selamat menaiki kapal terbang Yaman Air. Abg Hakim baru berumur 15tahun, Sobri pula 20tahun dan menyambung pelajaran nya di Yaman bersama-sama sahabat perjuangan. Alhamdulillah berkat dengan ketabahan, iman dapat menahan air mata mengalir keluar. Bayangkan macam mana perpisahan itu bermula. Tapi kami redha. Akk pun dah selamat melafazkan " BISMILLAHIRAHMANIRAHIM, IBU LEPASKAN & IZINKAN ABG DISANA. ALLAH TOLONG JAGA, APA YANG TERJADI DISANA, AKU PASRAH & REDHA".
Insya allah, mereka akan berada disana selama 5tahun. Akk dah pesan, selagi tak habis, tak khatam kitab & Al-Quran, akk tak izinkan Abg Hakim balik. Allahu... besarnya pengorbanan akk. Kadang-kadang iman pun tak mampu nak hadapi. Tapi alhamdulillah, sepanjang urusan Abg Hakim & Sobri kesana amat dipermudahkan malah bertambah rezeki itu. Satu je pesan akk dekat iman " BILA KITA MELAKUKAN URUSAN ALLAH, ALLAH AKAN PERMUDAHKAN URUSAN KITA." ALLAHUAKBAR......
Apa yang boleh iman & keluarga titipkan hanyalah doa yang mampu disampaikan untuk menghilangkan kerinduan ini. Iman anggap ini pengorbanan kami sekeluarga untuk menghadapi ujian ini. Sekarang family iman dah ada family angkat baru. Nanti next entry iman cerita. Semoga doa kami, ALLAH akan sampaikan.
| Abg Hakim & Kak Rabiatul ( Ank buah sulung) |
| Dua belah family |
| Pelukan & sentuhan terakhir |
| Para sahabat handai yang berjuang bersama |
| Lambaian yang terakhir |
JANGAN Cabut Bulu Dia!!
Assalamualaikum
Menjerit-jerit iman cakap dengan Si Gemuk ni usah dicabut bulu nya. Dia nak try jugak cabut. Konon-kononnya nak try hidup ke idak monyet tu. Tapi Adik was-was nak pegang. Takut hidup je. Ops!! 18SX jangan tengok gambar ni. Adik nak cabut bulu monyet tu kang fikir lain pula.
Sunday, 15 June 2014
CPUV : Huawei Ascend P7 & uMobile Prepaid Free Meal
Assalamualaikum
Macam biasa dan tiada yang luar biasa nyer, aktiviti iman mesti intai En Nuff ada melekat tak. Alhamdulillah ada la melekat sekali dua CPUV Huawei Ascend P7 & uMobile Prepaid Free Meal. Maknya yang tengah on going 5 CPUV dalam bulan Jun 2014. Tapi betul kata +PakcikLie PCL , iklan CPUV : Tune Money - Big Travel Wish tak ada langsung tapi dalam Nuffnang ada pulak. Mungkin time iman tengok, iklan menyorok la kot. Nanti mana yang nampak klik semua iklan kat bawah ye. Nak duit raya ni, nak shopping kat Zalora kalau ada rezeki nya. TQ En Nuff & Kaki Bloggers!
Wednesday, 11 June 2014
CPUV : Tune Money - Big Travel Wish
Assalamualaikum
Ehem..ehem.. aktiviti biasa sebelum tido mesti check En Nuff dulu. Nak pastikan 'dia' sihat sokmo, makan cukup, duit cukup....eh???hehehe... malam sat g tidoq lena la iman sebab melekat lagi satu iklan En Nuff bagi tadi iaitu Tune Money - Big Travel Wish. So sekarang yang on going ada 3 total nya. Tu sape-sape ada nampak iklan Petronas Primex 95 & Whisper Mesh & Cotton tolong klik jugak ye. Tolong la, iman ingat nk kumpul sampai raya. TQ semua.. nak update pasal pengalaman temuduga ni.
Monday, 9 June 2014
CPUV : Petronas Primex 95 & Whisper Mesh & Cotton
Assalamualaikum
Alhamdulillah.. bila En Nuff dah kredit kan semua iklan yang dia dah bagi, kali ni En Nuff bagi 'duit' sekali dua. Alhamdulillah... semoga rezeki untuk ku & sahabat ku bertambah. Ate sape-sape nampak iklan Petronas Primex 95 & Whisper Mesh & Cotton tolong sangat-sangat klik la ek. Iman baru nak merasa duit En Nuff. Kot-kot dapat cash out, boleh shopping kat Zalora.
Sunday, 1 June 2014
Temuduga Pelajar Lepasan STPM Sesi Akademik 2014/2015 UPNM
Assalamualaikum
Alhamdulillah... iman dengan senang hati dan gembira menerima akan menghadiri temuduga itu selepas membuat penyemakan keputusan sesi temuduga UPNM. Nama pun sudah tercalon, maka nya iman pun akan menghadiri sesi temuduga berikut. Pelik??? Kenapa pula nak pelik? Sebab sambung belajar kena temuduga juga ke? Sedangkan iman bukan ambil subjek untuk pendidikan. Ermm.. yela kena temuduga juga untuk subjek iman ni. Mana tak nya, ini kan UPNM. Nak-nak askar pula, mestilah kena temuduga. Nak pilih yang terbaik untuk U mereka. Tapi iman dapat untuk pelajar Awam bukan kadet, so iman tak kan ikut Latihan Ketenteraan cuma wajib ikut PALAPES je andai dapat la masuk U ni. Prepare nak interview selasa ni !
#perlu belajar dari basic!


























