Tuesday, 15 July 2014

Salam Nuzul Al-Quran

Assalamualaikum



Lama rasanya tidak mencatat dalam umah usang walau hakikatnya baru beberapa hari update entry. CPUV still on going, tapi Alexa Ranking down gila-gila. Apa nak buat kekangan masa, tambah-tambah ramadhan ni. Kita sudah pun memasuki fasa kedua iaitu minggu maghfirah ( keampunan). Gunakanlah kesempatan yang ada ni sebaik mungkin. Mungkin ini ramadhan yang terakhir kita, atau hari terakhir minggu kita untuk memohon keampunan. Bila dah masuk fasa kedua, maka hampirlah kita dengan turunnya hari Alquran yang lengkap seperti yang kita iqra'i pada hari ini. Siapa ingat surah apa yang diturunkan oleh ALLAH mula-mula sekali? Iyer betoi! Iqra! Iqra! Iqra!... Hafal tak surah seringkas ini? Insya allah semua hafal kan? Kalau tak hafal boleh belajar untk dihafal ok. Islam tak menyukarkan, tapi islam memudahkan.

Kesempatan ini iman nak ucap Salam Nuzul Alquran. Dekat bawah ini iman akan copy paste yang dikongsi oleh JAKIM. Serba sikit kita boleh memahami apa itu Nuzul Alquran

Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqanbererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

sumber : JAKIM MALAYSIA


6 comments

15 July 2014 at 11:34

Assalamualaikum BK, SAlam Nuzul Al-Quran.. singgah menabung groupon sini~~~

15 July 2014 at 13:49

Salam Nuzul Al-Quran Budak Kampung :)

16 July 2014 at 06:35

Asslmkm BK.. Salam nuzul al quran..

16 July 2014 at 12:49

Dalam Nuzul Quran :) Semalam Penang cuti ehehe

16 July 2014 at 13:19

Salam Nuzul Quran Iman..

25 July 2014 at 01:16

salam bk..
aduhai lewat sampai...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©