Assalamualaikum
Maksud zakat dari segi bahasa ialah " Bersih", " Suci', " Subur", "Berkat" & " Berkembang". Pengertian " Bersih" & " Suci" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya dari sifat kedekut & bakhil.
Manakala dari segi syarak bermaksud mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat yang ditetapkan.
Sekarang dah tak payah susah-susah nak pergi Lembaga Zakat nak berasak-asak untuk pembayaran zakat. Dimana-mana sahaja kaunter zakat ada contoh masjid-masjid, shopping mall, lembaga zakat sendiri, drive thru pun ada & paling efektif of cz la menggunakan online system. Ini pun kali pertama iman membayar zakat. Al maklum la, tahun-tahun sebelum nya kerja tak berapa nak mantap sebab baru setahun jagung, tahun-tahun sebelumnya pulak belajar. Jadi inilah pengalaman pertama iman membayar zakat fitrah. Senang je rupa-rupanya menggunakan e-zakat pay ni. Jom iman share. Lupa, kadar pembayaran zakat RM7 untuk satu kepala ( ikut pada kadar zakat negeri masing-masing).
Proses Pembayaran Zakat Online
Buka web Lembaga Zakat Selangor ( ikut negeri masing-masing).
Klik sebelah kanan e-zakat pay
Keluar browser macam dekat bawah ni
Isi semua maklumat yang dikehendaki.
Pilih zakat fitrah. Paling maksimun 2 kupon untuk sekali pembayaran.
Dah isi, confirmkan samada YA, TIDAK.
Bila dah pilih, klik pada bank yang kita nak bayar zakat.
Akan keluar browser bank. Proses bank berjalan dan bila siap akan keluar macam dekat bawah ni. Klik complete transaction.
Done siap!
ISLAM TAK MENYUSAHKAN, TAPI ISLAM ITU MEMUDAHKAN
7 comments
alhamdulillah..mmg sgt mudah dgn adanya zakat online ni kan.. :)
mudahnya dah ada epay nie..tapi lebih suka bayar secara manual..hehe
dah bertambah mudah sekarang ni
Thanks Iman..Salam 14 Ramadhan ya...
alhamdulillah, ade kemudahan nak bayar nnt. tq kak BK ^^
Skg ni segalanya dh mudahkan... Nak dgn tak nak aje..
dgn online sekejap je dah selesai..