Thursday, 10 September 2015

Rezeki ada di mana-mana

Assalamualaikum

" Insya ALLAH , ada rezki kita adalah tu yang "

Thanks My Yop always give support walau kita ni serba serbi kekurangan nya. Rezki bukan hanya menapak di satu tempat, berlambak-lambak rezeki dibuka cuma 'melekat' ke tak dengan kita seperti yang sudah dirancangkan olehNYA.Panggilan temudaga 3mggu selepas membina rumahtangga yang baru nak berdiri sebagai Penolong Jurutera Awam (JA29) di Bangunan Perak.

Mengharap?? Ada juga mengharap jika rezki berpihak pada kami berdua. Tuah manusia siapa tahu. Calon-calon semua terdiri dari ExPUO. Saingan jangan cakap lah sebab tengok macam semua dah berkerjaya. Ada calon yang datang dengan suami anak, mak/ayh, sendirian...ermmm Yong?? Yong dengan pakmentua. Pakmentua yang volunter nak antar sebab Yop koje tak boleh teman. Ala tak ada Yop pon ok je, sebab sebelum kawin elok je.Ni lepas kawin ngada-ngada pulak kan.

Study utk preparation?? Of coz la sikit-sikit je tak ada la pulun sangat sebab sebelum tu ada watsap member yang dah dapat job tu. Abg & SIL ada la gak bagii tips, tak payah baca sangat sebab dia nak tengok cara kita bercakap & confident level macam mana. Betul plak tu... masuk-masuk saja la dok sembang kosong. Lega dah lepas, balik umah pakmak mentua kat Ulu Kinta. Petang baru balik Teluk Intan plak sebab mak yong sentap anaknya tak singgah umah. Mengalah jer la    (gurau mak).

Rezeki ada dimana-mana, 
Rezeki boleh diberi dalam pelbagai bentuk
DIA nak bagi dalam bentuk kesihatan, makanan, duit ataupon benda
Kenapa hanya perlu mengharap pada yang satu
Sedangkan DIA menyediakan berpuluh ribu yang tidak boleh dibilang dengan tangan
Rezeki itu luas
Rezeki datang tanpa diundang
Mintalah jangan malu
Kerana hak meminta itu DIA dah bagi
Percaya padaNYA


Pest time masuk bangunan perak

9 comments

10 September 2015 at 15:48

InshaALLAH ada rezeki..

Yui expuo tp jbtn len.. hehhe.

10 September 2015 at 16:06

rezeki tue ada di mana2 akak percaya...dan akak percaya bile kita memudahkan urusan org lain dalam mencari rezeki insyaallah Allah permudahkan rezeki kita juga...

10 September 2015 at 19:26

Wahhh penolong jurutera awam. In shaa Allah kalau ada rezeki tak ke mana kan :)

10 September 2015 at 23:55

singgah malam jumaat, benar tu, rezeki datangnya dari Allah swt :) salam ukhwah dari kak ana :)

11 September 2015 at 17:25

saya pun mengalami situasi yg sama. takde rezeki lagi kan..

12 September 2015 at 08:05

Insya-Allah saya doakan akak murah rezeki dan pass temuduga ...... ^^
Doakan saya lepas grad nnt,dipermudahkan jalan utk membina kerjaya ye kak..hehehehhe...
all the best !

12 September 2015 at 08:05

Insya-Allah saya doakan akak murah rezeki dan pass temuduga ...... ^^
Doakan saya lepas grad nnt,dipermudahkan jalan utk membina kerjaya ye kak..hehehehhe...
all the best !

12 September 2015 at 12:55

insyaAllah ade rezeki tak ke mana kak. tawakal. janji dah berusaha sebaik mungkin. hehe. ^^

16 September 2015 at 17:05

As'salam akak... saya singgah ke sini ya... ^_^

InsyaAllah akak, jika rezeki itu milik akak pasti takkan ke mana...

Jemputlah baca ini seandai punya masa untuk diluangkan -->
http://kupukupupurple.blogspot.my/2015/09/sama-sama-kita-ubah.html

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©