Tuesday, 25 February 2014

Program Catuan Air Di Seluruh Selangor

Assalamualaikum

Al- maklum la bila dapat berita tergempar dari sumber media tentang Program catuan air di seluruh selangor malam tadi, terus bergegas langkah seribu nak cari bekas untuk simpanan air. BK ingat, BK adalah orang yang pertama beli bekas air rupa-rupanya BK orang yang entah ke berapa ribu beli. Bajet beli kat hardware belakang rumah sewa ni, sekali tengok dah licin tak ada langsung bekas. Bergegas ke Econsave Jalan Reko. Tengok jalan macam clear, tak ada orang. Sekali masuk, masya allah ada lah beberapa orang yang berebut beli bekas simpanan air ni. BK tanpa melepaskan peluang turut 'menyertai' perebutan ni. Inilah adalah yang pertama kali BK join program ni. Baru BK rasa sendiri apa yang orang lain rasa sebelum ni. Sebelum ni tengok dekat media je orang berpusu-pusu isi air untuk bekalan, sekali terkena pula dekat BK. BK tak pasti kawasan BK menjadi salah satu tempat yang bakal menjadi pencatuan air ni sebab hari ni baru pihak berkenaan akan buat sidang media bagitahu kawasan yang terlibat. 

Zzzuuppp..!!! Terlintas dekat fikiran BK. Kalau air tak ada, macam mana dengan hospital, bomba, kedai makan yang betul-betul merupakan sumber dyorang? Kesian nya.. macam mana ni? Kita pula kalau yang ada budak-budak kat umah, lagi satu hal nak memikir. Kalau kita yang dewasa ni boleh la lagi survive, tapi budak-budak ni macam mana? Nak tak nak, kita kena lah menyimpan gak. Tapi bagi BK lah, betul juga pihak berkenaan buat program macam ni betul tak? 

Siapa setuju program pencatuan air mengikut turutan?

Setuju tak setuju, program pon akan dilaksanakan. Nak tak nak memang kena ikut sebab dyorang ada objektif tersendiri.

Sebab apa kena catu?

Sebab loji dekat Selangor ni air nya dah 90% surut dengan kurangnya sumber air hujan. Lagipun awam sekarang baru nak 'menanam benih ' untuk hujan.

Apa objektif program ni?

Objektif nak mengajar kita bahawa dengan program macam ni dapat menjimatkan penggunaan air. Kalau sebelum ni guna air ikut suka, tapi bila program ni launch confirm ramai yang berjimat cermat. Orang kata sediakan payung sebelum hujan, bila dah hujan at least kita dah ada payung.

Berapa lama program ni?

Berapa lama tu tak pasti, tapi berdoa lah supaya keadaan kembali pulih seperti biasa. Berdoa pada ALLAH, supaya kita diberi sebesar ketabahan dan kekuatan nak survive hidup macam ni.


INI LAH bekalan BK sepanjang pencatuan

3 comments

25 February 2014 at 13:12

johor belum lagi buat percatuan air nie..harap takkan mengambil masa yang lama kan..banyak kerja yang terabai bila takde air nie

25 February 2014 at 21:14

Melaka pun belum nak catu lagi...hope takder ler...

27 February 2014 at 06:41

Alhamdulillah kwsan sy x kena catuan air ni..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©