Assalamualaikum diharap sahabat-sahabat sihat gamaknyer..INSYALLAH
Kat sini saya nak share pasal 5 jari kita
Jari kita???macam pelik je kan bunyi nyer?ada apa yer dengan 5 jari kita ni???
Jom terjah...
pak cik google |
Jari ibu
Jari yang besar dan pendek. Lambang kematangan dan kehebatan, juga simbolik kepada orang yang banyak pengalaman sehingga boleh dijadikan sebagai pakar rujuk. Peringatan untuk kita supaya menjadi manusia yang berguna dan membimbing masyarakt yang benar - agama Allah s.w.t
Jari telunjuk
Jari yang mengungkap satu dan keEsaan Allah s.w.t. ketika solat. Jari ini melambangkan ketokohan sebagai penunjuk dan menjadi contoh teladan kepada yang melihatnya. Ingatan kepada kite sepaya sentiasa tertunjuk ke arah jalan yang benar tanpa berselindung.
Jari hantu
Jari yang paling panjang. Zaman remaja ditinggalkan dan alam dewasa menjengah. Pada peringkat ini sekita 30-an ke atas kehidupan stabil. Tetapi patut diingatkan bahawa keadaan yang stabil inilah bermulanya ' hantu-hantu' yang cuba mengacau. Hantu hasad, hantu ego, hantu tamah dan pelbagai jenis hantu yang samseng. Disinilah keimanan banyak diuji untuk menghindarinya, gandakan amal ibadat.
Jari manis
Manisnya jari ini apabila tersarung sebentuk cincin. Ini melambangkan kehidupan manusia apabila masuk ke alam remaja. Disebalik kemanisannya, tersimpan cabaran dan dugaan. Juga, telah dipertanggungjawabkan segala amalan yang wajib. Ketika ini diperingatkan kepada kita unutuk 'amal makruf nahi mungkar ' dengan sebenar-benarnya.
Jari kelingking
Kecil dan kerdil. Lambang seoarng manusia yang bermula daripada kecil. Saat ini mengingtakan kita pada usia kanak-kanak yang mentah yang perlu dibimbing. Bagai kata pepatah, ' melentur buluh biarlah dari rebungnya '.
4 comments
mmm alhamdulillah ilmu baru :) m suke muzik blog ni...
Allahuakbar..
hebat ciptaan Allah....
alhmdulillah..syg Allah..love Allah..
bulan syurga firdaus...syukran akhi (^_^)
srikandi permata...love allah always
my love never change forever...