pak cik google |
Memberi dan menjawab salam diantara sesama Muslim merupakan hak yang tidak patut dipandang kecil, kerana ia salah satu jalan mencetuskan persaudaraan dan perpaduan, di samping ia merupakan syariat dan cara hidup orang Mukmin. Oleh itu apabila bertemu sesama Islam hendaklah saling memberi dan menjawab salam.
Tapi zaman sekarang ini macam-macam jenis salam la plak..if orang Muslim guna " ASSALAMUALAIKUM " but bebudak remaja guna bahasa " YO!! YO!! WASSUP "....siap buat trademark tangan lagi...Masyallah...apo la nk jadi dengan an0k2 mudo nh
Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: " Hak seorang Muslim kepada Muslim lainya ada enam perkara :
- Apabila engkau bertemu denganya ucapakanlah salam.
- Apabila ia mengundangmu, maka kabulkanlah.
- Apabila ia minta nasihat daripadamu, hendaklah kamu menasihatinya.
- Apabila iq bersin, lalu mengucapkan " Alhamdulillah ", maka hendaklah kamu sambut dengan " Yarhamukallah ".
- Apabila ia sakit, hendaklah kamu ziarahinya.
- Apabila ia mati, hendaklah kamu hantarkan jenazahnya ke kubur.
Menyebar salam pencetus kasih sayang sesama Muslim
Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: " Kamu tidak akan masuk syurga kecuali kamu beriman dan tidaklah sempurna iman kamu sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah jika aku beritahu kepada kamu sesuatu yang apabila kamu lakukan boleh mencetuskan kasih sayang di antara satu sama lain? Iaitu sebarkanlah salam di antara kamu. "
(Riwayat Muslim Abu Hurairah r.a )
Dari Abu yusuf Abdullah bin Salam r.a katanya : aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : " Wahai sekalian manusia, tebarkanlah salam, sentiasalah membuat jamuan makan, sambung silaturrahim, solatlah ketika manusia sedang tidur (solat sunat tahajjud), nescaya kamu akan dapat masuk syurga dengan sejahtera. "
(Riwayat al-Tirmizi: Hadis Hasan)
4 comments
sebarkan salam,hmmm.. jalinan ukhuwah..I-Allah
assalamualaikum ukhti ^_^
tertarik dengan perkongsian hadis2 tersebut,
bestnya,dgn sebarkan salam,boleh mencetuskan kasih sayang! =)
salam ziarah bersulam mahabbah fillah~
betul...tpi ramai yang memandang benda ini remeh sesgt...kenape ek??
mungkin sebab dah kenal so, benda2 camni diabaikan..