Thursday, 13 October 2011

Rahsia Surah AL-KAUTHSAR



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat &diturunkan di 

Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat 

daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis 

daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi 

daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad 

s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang 

yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu 

Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. 

makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, 

Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air 

mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-

mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk 

ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah 

s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah 

tetapi dizalimi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©