Thursday, 13 October 2011

7 Peringkat Solat



1. Sembahyang Orang JahiL

Pengetahuan fardhu ain tak lengkap, syarat sah sembahyang tak ingat, 

rukun dengan sunat masih keLiru. Dan tak berusaha puLa nak beLajar. 

IniLah dia dinamakan orang beramaL tanpa 'iLmu.

Hakikatnya : Orang sebegini seperti tidak sembahyang. AmaLannya 

tertoLak waLaupun duduk dekat saf yang paLing hadapan atau pun 

membaca surah yang panjang-panjang ketika sembahyang.


2. Sembahyang Orang Lalai :


Orang yang mengetahui fardhu ain dengan lengkap, tapi biLa bermuLa 

sahaja angkat tangan takbir fikirannya meLayang peLbagai perkara. 

Sekejap teringat, sekejap melayang-layang, sampaikan barang yang 

hiLang pun boleh teringat baLik daLam soLat. TerLalu banyak yang 

difikirkan daLam kepaLa, tiba-tiba sahaja sudah toLeh kanan, toLeh 

kiri....soLat dah seLesai !

Hakikatnya : FizikaLnya soLat tetapi aqaL dan hatinya tidak. ALLAH hadiahkan mereka neraka waiL untuk orang yang laLai daLam soLatnya.


3. Sembahyang Bukan Kerana ALLAH :

Kita sembahyang sebab ALLAH suruh kita sembahyang, tapi ada pulak 

orang sembahyang atas sebab lain contohnya nak ambiL hati bakaL mak 

ayah mertua atau segan dengan member-member dan sebab-sebab lain.

Hakikatnya : ALLAH tolak sembahyang yang bukan didirikan kerana-

Nya, kecuaLi biLa dah bertaubat dan menyesaL sungguh-sungguh.


4. Sembahyang Orang Mujahadah :

BiLa sembahyang kenaLah khusyuk, hati kena sentiasa ingat ALLAH. 

Jadi dia paksa-paksakan hati untuk hadir daLam sembahyang. BiLa 

muLa nak meLayang ke Lain, cepat-cepat disentap baLik. Jadinya 

sekejap khusyuk sekejap tidak. Zahirnya nampak tenang sembahyang 

tapi batinnya jenuh berperang dengan syaitan dan nafsu...

Hakikatnya : TerpuLang kepada ALLAH hendak ampun atau azab ! 

Orang kategori ini kena banyak istighfar dan perbaiki lagi ibadahnya. 


5. Sembahyang Orang SoLeh :

Makna pada bacaan sembahyang dihayati oLeh aqaLnya, fikirannya cuba 

diseiringkan dengan apa yang disebut oLeh Lidahnya. Fikirannya tak 

meLayang tapi kemanisan ibadah tidak terasa oLehnya.

Hakikatnya : Inilah sembahyang minimum yang perLu diusahakan supaya 

selamat di sisi ALLAH dan ia juga dapat mencegah diri daripada 

meLakukan perbuatan keji dan mungkar.


6. Sembahyang Para WaLi :

Perbuatan seiring dengan kefahaman dan penghayatan. Waktu ruku' dan 

sujud benar-benar rasa hina dan rendah diri di hadapan Tuhan. BiLa 

berdoa, rasa diri benar-benar lemah dan mengharap. Sembahyang dapat 

dihayati dan dini'mati rasanya.

Hakikatnya : Bukan sahaja dijamin seLamat, ni'mat sembahyang yang 

tidak terucap juga dapat dirasai.


7. Sembahyang Para Nabi dan RasuL :

Sembahyang seorang hamba yang tenggeLam daLam keagungan 

ALLAH. Tidak dapat digambarkan indah dan ni'matnya.


Dimanakah kedudukan kita daLam soLat ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©