Friday, 4 April 2014

Soft Tissue Injury ( STI ) @ Gout ?

Assalamualaikum

Inilah kot punca nya bila berat berlebihan. Sekarang berat pun dah mencecah 74kg selepas stop minum SFD. Rabu lepas BK ' diserang ' sakit kaki yang teramat. Bila mengadu dekat kawan, dyorang tak percaya sebab dyorang ingat BK bergurau. Yela BK ni kadang-kadang jadi bahan gak kat dyorang. Tapi waktu itu, bengkak tak nampak lagi. Sakitnya macam lenguh, bila bangun pagi nak pijak lantai sakit teramat sampai menahan air mata. Semalam dah tak tahan sangat, bangun tengok kaki dah bengkak. BK dah tak pikir lain kecuali terseliuh je. 

BK keje shift petang, almaklum la BK ni CA ( Clinic Assistant ) so dah tahu la nak buat apa. Ambil bandage saiz 10cm balut la kaki BK. Doctor tanya kenapa. BK cerita la semua nya. 1st impression dia bagitau kena GOUT. Oh tidakk!!!!! Tapi BK buat Full Blood Counting result clear kecuali yang darah hemoglobin tu je. BK tak boleh terima sebab BK jarang dan tak makan seafood, kekacang dan sayur bayam. Macam mana boleh kena. Yang membuatkan BK gelisah malam sebelum tu BK makan steamboat & grill. Sudah... macam mana nak buat ni. BK suruh akk senior check kaki ( malu dengan doctor sebab dia laki). BK cakap sakit tu banyak dekat bahagian buku lali. Ala-ala macam fisoterapi la dyorang check BK ni. 

" Kaki Gajah " BK


SAH!!!! STI ( Soft Tissue Injury ) ni dan bukan lah gout. Kalau gout BK tahu keadaaan bengkak nya macam mana. Sebab patient BK majority dari minor nya gout. 2nd impression doctor kata kemungkinan BK kena sakit urat-urat sendi. Maghrib tu BK try urut-urut sendiri, keluar angin tak henti-henti. Sah!! Urut hari tu tak habis. Sebelum ni BK urut dekat kampung. Tukang urut tu dah bagitau angin banyak dalam badan. Huhuhu..sebab degil BK pon urut tak habis. Badan pun dah masuk angin. Sakitnya sampai sekarang.

#tahun lepas kaki sebelah kiri terseliuh sebab terjatuh stadium. tahun ni kaki kanan sebab overwieght kot.

5 comments

4 April 2014 at 11:58

kesiannya BK..harap cepatlah sembuh kaki tu ye...tk care tau..

Anonymous
4 April 2014 at 14:47

siannyer,.. take care & mg cepat sembuhnyer.. bila urut2 tu jgn lupa baca bismillalh & selawat 3 kali minta hilang sakit kaki tu.. In Shaa Allah nnti KA sampaikan ucap terima kasih pada Along yer tntg wak doyok tu !

4 April 2014 at 15:20

get well soon tau! jangan ganas-ganas sangat ye Iman

5 April 2014 at 11:34

kesiannya ..take care & get well BK..

5 April 2014 at 13:15

kuatkan semangat BK,jaga kesihatan naaaaa

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©