Tuesday, 24 September 2013

Pengalaman di Kem Guar Chenderai

Assalamualaikum

Suatu dulu, BK pernah menjadi seorg pelatih PLKN macam arwah tapi tak ada la sampai kes kena pukul. Zaman-zaman BK juz bergaduh dekat dewan makan je la, lepas tu meroya wirawati, kes kena 'tegur'. Tu dah jadi asam garam dekat sana lah. Seingat BK kan, kes pasal pelatih PLKN mati dah 2 kes ke? Risau je dengar pasal macam ni. Tak tahu selamat dekat mana dah. Sedangkan nak keluar rumah pon dah takut dengan kes samun, rompak, rogol, tembak menembak, tikam menikam. Seram..seram.. macam ni pon ada orang kata aman. Allahualam nak cakap. Kadang-kadang BK terpikir tau, apa motif dan objektif sebenar PLKN itu diwujudkan? Tapi thanks pada JL sebab PLKN, BK masih contact bebudak company BK dulu. Dan paling BK tak sangka, ada jugak org admire BK. Lepas keluar dari kem,bawak haluan masing-masing baru nak tegur BK. Padahal dekat kem BK langsung tak pernah tegur lelaki. Gatal betol BK ni haha... Paling penting BK dapat belajar perkauman kat sana. Best sangat sebab dapat tengok sempadan Thai.. Biasalah kem BK dekat Padang Besar so memang lalu la sempadan Thai bila nak pergi Balai Bomba PB. Nak tengok tak zaman kepoyoan BK dulu?

Muka macam ni ada hati nak msuk Maritim?Tahun 2008

p/s: ada sesiapa pengalaman sebagai pelatih PLKN, anak-anak yang masuk PLKN, atau sesiapa yang nak beri pandangan tentang PLKN ni?








5 comments

24 September 2013 at 11:15

akak tak pernah ada pengalaman masuk PLKN sebab zaman akak tak ada PLKN ... fuhhh...nasib...sebab memang tak berapa gemar aktiviti lasak...he he he...

24 September 2013 at 11:33

bestkan kalau dapat join PLKN nie...

24 September 2013 at 11:46

Assalamualaikum BK, sheila pun masuk PLKN tahun 2008! heeeee kita dapat kat Princess Haliza, Sepang. yeker? ada lagi kematian di PLKN? sheila masih contact dengan rakan PLKN. setiap 6 bulan sekali ada perjumpaan. this week pun ada. al-fatihah buat pelatih PLKN tersebut :(

24 September 2013 at 15:19

Zaman akak kursus biro tatanegara. Alhamdulillah tiada masalah. Akak pun nak tahu juga motifnya. Baik buat program di masjid atau kerja-kerja amal.

26 September 2013 at 00:14

saya dulu nak sangat gi PLKN tapi sayang tak dapat..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©