Apa Itu Wuduk?
Dari segi bahasa wuduk diambil daripada perkataan wadhaah yang bemaksud kebaikan dan kebersihan. Sementara dari segi istilah fikah pula, wuduk ialah penggunaan air yang suci pada anggota-anggota yang tertentu ( iaitu membasuh muka, dua belah tangan hingga ke siku, menyapu kepala dan membasuh kedua-dua belah kaki), dengan dimulakan dengan niat.
Pak cik google |
Kebaikan Wuduk Kepada Kesihatan
Mencegah kanser kulit
- Anggota wuduk yang selalu dibasuh memastikan sel-sel luar kulit sentiasa bersih dan sihat.
Membersihkan mulut
- Berkumur boleh menghilangkan bau mulut dan memelihara gigi dan gusi daripada bakteria yang terhasil daripada cebisan makanan.
Menghilangkan kotoran hidung
- Memastikan air ke dalam hidung dapat membersihkan lubang hidung dari debu dan kotoran yang disedut.
Mencegah jangkitan kuman
- Membasuh tangan dengan kerap dapat memastikan kebersihan tangan dan menghindari jangkitan kuman terutama ketika makan.
Mencegah kedutan awal.
- Membasahkan muka selalu membantu memelihara sel-sel kulit pada muka. Ia menjadikan wajah awet muda dan kurang kedutan.
Benda yang sebegina jangan dipandang remeh sebab yang remeh tu la yang banyak manfaatnya. Jom sama-sama kita audit diri, reset minda dan kawal hati. Salam Nifsu Syaaban ^_^
10 comments
..salam nisfu syaaban..
..ISLAM itu indah..byk yg tersirat kn :) ..
perkongsian yg bermanfaat.. nice sharing... :)
sama2lah kt =)
good sharing
thanks berkongsi :)
so. jerebu2 ni...ambik aer smyg byk2 :)
nice sharing :) benda simple camne lah ramai orang susah nak buat hehe
besar manfaat wuduk. nice sharing kak ^_^
tq iman for sharing. setiap suruhan ALLAH pasti ada kebaikkannya kan..
alhamdulillah..akak dapat tambah ilmu la iman..nice sharing ni..