Monday, 20 May 2013

Kemalangan ngeri di MMR2

Assalamualaikum

Bersyukur dihindari dari bencana pada saat ini tapi kita tak tahu seandainya selepas saat ini giliran kita pula. Mengucap BK bila baca dalam fb kawan-kawan dok share tentang kemalangan ngeri di MMR2 berhampiran petron arah Bukit Antarabangsa petang semalam yang melibatkan 3 buah kereta dan sebuah motosikal. Empat maut dalam kemalangan ngeri itu. 

Jurucakap polis trafik berkata dua lelaki dan dua wanita yang menaiki kereta Perodua viva mati ditempat kejadian apabila kereta mereka dilanggar oleh dua buah kereta lain. Kemalangan ini berlaku anggaran dalam pukul5.30 petang.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kerea proton satria yang turun dari susur keluar Bukit Antrabangsa mengalami kegagalan brek menyebabkan kereta yang melalui laluan MMR2 menuju ke Ampang terlanggar pembahagi jalan dan terbabas ke laluan sebelah MMR2 menuju arah Hulu Klang.

Jurucakap itu berkata proton satria itu dipercayai melanggar sebuah perodua viva yang dinaiki empat orang. Seterusnya, Perodua viva itu dilanggar pula oleh sebuah kereta lain yang datang dari arah belakang. katanya.

Seorang penunggang motosikal turut terbabit dalam kemalangan itu, cedera dan dirawat di Hospital Ampang.

Nama mangsa yang terkorban adalah pasangan suami isteri Hasbullah Abdul Ghani 26 dan Nurul Intan Syahida, 22 serta sepupu Nurul Intan iaitu Tengku Ahmad Faiz Tengku Muhamad 28, dan Asma Ismail, 22.

innalillahiwainalillahirajiun.alfatihah..takziah untuk keluarga mangsa.



p/s: masih fobia dengan kemalangan ngeri kawan adik yang dekat federal highway lagi.

13 comments

20 May 2013 at 11:07

innalillah..

Anonymous
20 May 2013 at 11:16

salam takziah.. alfatihah !

20 May 2013 at 11:27

innalillah..takziah tuk keluarga arwah..katanya ada yang putus kepala ye BK...

20 May 2013 at 11:39

@Zee Suhaini kak zee..sy pon xpasti.sy pon takut gak nk bg berita takut xsahih.

20 May 2013 at 12:12

Bru tau psl eksiden ni, sgt tragik, smoga famli redha dgn ketentuanNya

~ Al- Fatihah ~

20 May 2013 at 12:12

Takziah.....
Al-fatihah buat mangsa....
Pilu AJ baca sampai terputus kepalanya...

20 May 2013 at 12:57

ngerinya...

20 May 2013 at 14:04

pagi td FD tengok berita pasal accident ni. ngeri gila! teruk kot

20 May 2013 at 14:04

takziah...al-fatihah...

20 May 2013 at 14:24

salam takziah buat keluarga mangsa yg terlibat. al-fatihah...

20 May 2013 at 16:45

Salah sorg mangsa student kawan kak nad

Aah ada yg putus kepala kena penghadang jalan

Masih fobia dgn accident thn 2011 kat sekinchan?

20 May 2013 at 23:21

Ngeeri

9 June 2013 at 02:49

innalillah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©