Friday, 19 April 2013

Fakta menarik mengenai orang Johor

Assalamualaikum

1- Kita tidak mempunyai loghat tersendiri. Tapi kebanyakkan ayat dalam pertuturan kami ditamatkan dengan 'ekkk'. 

2- Apabila bercakap mengenai Johor, kita merujuk kepada Johor Bahru iaitu ibu negeri.

3- Perkataan Johor disebut dengan bunyi Joho.

4- Kita selalu sebut "sangap" iaitu sama erti dengan menguap.

5- Kita mencipta Mee Bandung dan mee ini tidak ada kena mengena dengan Bandung, Indonesia atau Air Bandung.

6- Kita ada Gerobok atau gobok iaitu almari dan juga Gebor iaitu selimut.

7- Hanya orang Johor sahaja yang berendut (endut).

8- Kebanyakan orang Johor terutama selatan menggunakan perkataan "anu"
sebagai ganti perkataan buat. Anu bukan perkataan lucah. 






p/s: kebetulan Mama Maszull orang JB, so BK nak tanya betoi tak fakta diatas ni? Hehehe..

9 comments

19 April 2013 at 14:21

nice sharing Iman... ^_^

19 April 2013 at 14:36

assalamualaikum BK...yer dear betul tu mmg org Johor suka ckp perkataan tu tapi perkataan anu tu bukan maksudnya lucah yer...:)

banyak lg perkataan yg pelik kalau ikutkn...:)

19 April 2013 at 14:41

Assalamualaikum awak. heee sheila dengan suami orang johor. tapi suami pior sikit. jawa pekat. memang suka guna perkataan ekk tu. ahhahaha hidup johor! *tetiba*

19 April 2013 at 14:45

errr endut tu pe?

19 April 2013 at 18:55

assalamualaikum BK...BK memang orang johor ek? johor kat mana tu?
pasni boleh la keluarkn bahasa2 joho yg kita tahu ek..

untuk perhatian UniMeow kat atas tu endut tu maksudnya pakwe atau makwe...heheheee

19 April 2013 at 20:59

erkk ? hehe

19 April 2013 at 23:40

Yupp exactly ! Saya org Johor. Hihi

20 April 2013 at 12:39

pi johor ada jajan.....

21 April 2013 at 17:48

Mak Arol orang Johor! Fakta yang ke-8 tue betul. Orang Johor kalau bersembang, mesti ada perkataan "anu" tue. Orang negeri lain mesti ingat tengah sembang lucah. Hahaha! :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©