Saturday, 30 March 2013

Sabar dan terus bersabar

Assalamualaikum

Sabar dan terus bersabar adalah kunci untuk orang islam bila didatangi ujian bagi mendewasakan diri ini. Setiap orang diuji dengan pelbagai perbezaan ujian ada yang diuji dengan penyakit, kaya, susah, kematian dan macam-macam lagi. Tapi siapa kita nak lepas dari setiap ujian yang diberi olehNYA. Bak kata pepatah arab " Jika kita tidak jumpa jalan penyelesaian lagi maka dengan sabarlah ubatnya ".


Aku rela hatiku untuk diproses

Apa yang BK lalui tahun ni amat hebat ujianNYA. Diantaranya dua insan kesayangan BK menjalani pembedahan pertama kalai dalam hidupnya. Sabtu hari (29.3.2013) salah seorang insan kesayangan BK telah menjalani pembedahan barah otak di Hospital Kuching dan sehingga kini BK langsung tak dapat berita dari dia. BK takut tak dapat jumpa dengan dia lagi. Dan insan kesayangan BK seorang lagi iaitu adik BK pula yang akan menjalankan pembedahan untuk masuk besi dalam peha nya pada hari isnin ni (1.4.2013). Untuk kedua-dua nya BK tak dapat nak berada disamping mereka saat melalui waktu-waktu getir. Pada masa yang sama ALLAH turunkan ujian lagi dengan dua orang pak cik BK sakit buah pinggang tak berfungsi dan seorang lagi sakit tidak dapat dikesan. Bertambah lagi ujian dengan kesannya bila fitnah terhadap keluarga BK pula. BK pon penah meluahkan semua pada kawan-kawan dan BK ambil kata-kata itu semua dan menganggap ALLAH sayang dekat BK dan sekeluarga dengan menurunkan pelbagai ujian supaya kami semua bertambah dekat padaNYA.


#maaf jika BK tidak dapat join mana-mana segmen serta BW yang xsempat BK nak buat kerana BK sedang melalui saat2 itu. Kepada owner GA mahupun segmen yang BK sponsor sila inforn dekat email BK untuk memberitahu para pemenang. BK minta maaf kerana tidak dapat elak lagi. Doakan kami sekeluarga kuat!

10 comments

31 March 2013 at 01:27

terus tabah n berdoa. Tiada yang mustahil dgn Takdir Allah. suratan itu yang Terbaik utk hambaNya, Salam ukhwah :)

31 March 2013 at 10:49

semoga semuanya berjalan lancar..dan BK sentiasa tabah

31 March 2013 at 23:31

Setiap dugaan tu
Akan buat kita lebih hargai org tersayang
Akan buat kita rapat dgn keluarga
Akan buat kita lebih kuat hadapi cabaran lain
Akan buat kita lebih dekat dgn Tuhan
Dan Allah tak akan beri dugaan melebihi dr kemampuan kita utk hadapinya
Banyak hikmahnya kan?
Lebih byk dugaan lebih banyak la sayang Allah kat kita
Sama2 bersyukur sbb kita adalah yg terpilih tu...
Sabar k, kita sama2 doakan moga segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar..

31 March 2013 at 23:31

Sori, pjg plak komennya :)

1 April 2013 at 09:09

besar dugaan tue BK..semoga BK tetap tabah

1 April 2013 at 19:01

bersabar la kawan...sesungguhnya,,hambaNya sentiasa diuji...

2 April 2013 at 00:12

ada sesetengah org, bila dinasihtkan brsabar dye ckp dh sbrlah ni ! tulah kurg sbr senanya :)semoga BK sentiasa tabah walau seberat manapun ujian Allah AMIIN ^^,

4 April 2013 at 16:46

sbr Bk..byk2 doa ngn Allah..Allah sentiasa bersama dengan org yg sabar..

5 April 2013 at 20:57

kalau bk ada kelapangan bru bw tempt ta.tak de hal.

8 April 2013 at 10:40

in shaa ALLAH iman.
sama macam ciksu
jan opah masuk wad
feb ciksu ke melaka kenduri
mac pak sedara di melaka meninggal
mac abang ipar xcident
april anak sedara sebelah en suami masuk wad..

semoga kita kuat sbb kita insan terpilih itu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©