Masyarakat kita pada hari ini amat memandang rendah terhadap hukum Allah tanpa memikirkan kesan akan datang. Bagi lelaki, ada yang gemar cukur bulu di bahagian betis kaki. Mungkin ada yang tidak suka dengan kehadiran bulu tersebut. Namun Allah SWT melarang kaum lelaki untuk mencukur bulu di kawasan tersebut kecuali kaum wanita. Jom ikuti persoalan yang diajukan men
genai hukum mencukur bulu bagi lelaki.
Soalan :
Assalammualaikum,di sini saya ada sedikit kemusykilan. Saya ingin bertanya apakah hukumnya jika seseorang lelaki cukur bulu kakinya sedangkan pada masa itu dia tidak tahu yang hukum mencukur bulu kaki adalah haram. Apa hukumnya? Adakah dia berdosa? Dan jika berdosa bagaimana cara untuk dia memohon ampun dari Allah S.W.T?
Jawapan :
Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam.
Hukum cukur bulu kaki bagi lelaki adalah haram jika dilakukan dengan sengaja. Jika dilakukan tanpa sengaja kerana kejahilan adalah dimaafkan tetapi hendaklah segera bertaubat kepada Allah Ta’ala apabila mengetahui perbuatan itu adalah berdosa iaitu dengan memohon keampunan kepada Allah dengan sebenar-benarnya, menyesalinya, berazam tidak akan mengulanginya dan memperbanyakkan amal kebajikan.
Wallahu a’alam.
Maka jelaslah bahawa cukur bulu kaki bagi kaum lelaki adalah nyata haram kerana ia seolah-olah menyerupai kaum wanita. Kaum wanita pula boleh mencukur bulu kaki kerana supaya ia tidak menyerupai seperti kaum lelaki. Ini adalah aturan Allah SWT yang kita hambaNya perlu mengikut segala perintahNya.
-[Abdul Malik]-
12 comments
haram ye hukum dia...baru tau..
tq for sharing
oo... okay okay... noted! =)
thanks.
Assalammualaikum Iman..alhamdulillah untuk info kali ini..Iman memberi input..saya tambah ilmu..syukran..menjadi sempadan dan pedoman hidup..
oh pempuan xpe eh?
kalau bulu kat lengan?
bru tau ni
owh, baru tau.. :D
TQ FOR SHARING..^_^
Ada ke lelaki cukur bulu kaki?
T kasih atas perkongsian..
tq for sharing..menambah sedikit ilmu di dada
terima kasih atas perkongsian ini.. :)
eh , baru tahu, nice sharing :D
Take note, wahai ADAM...:-)
Baru tau..Tq share ilmu bermanfaat ni yek