Assalamualaikum
Nabi Muhammad
sallallah'alaihi wasallam telah meluluhkan hati sesiapa saja dengan senyuman
baginda. Baginda mampu memikat hati dengan senyuman. Baginda menumbuhkan
harapan dengan senyuman. Baginda mampu menghilangkan sikap keras hati dengan
senyuman. Dan baginda saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar
menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan baginda menjadikan senyuman sebagai lahan
berlumba dalam kebaikan.
Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya,
"Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa
yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?"
Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah,
beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga
sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga
sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika
bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Senyummu di depan saudaramu
adalah sedekah.” Al-Tirmidzi dalam sahihnya.
Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku
masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan baginda tidak
melihatku kecuali baginda pasti tersenyum kepadaku.”
6 comments
Assalammualaikum,,semoga kita dapat melihat senyuman Rasulullah yg dicintai bila bertemu di padang mahsyar kelak..amin..
senyum itu sedekah yang paling mudah dan cepat...
Amboi, habes comey dah kakak saadiah, heheehe
alaa, comelnye adik tu senyum.
yup, betul tu. senyum itu sunnah :)
:)
Sunnah dan sedekah...:)