Firman Allah s.w.t dalam surah al-Muddaththir ayat 40-43 yang bermaksud: “(Mereka
ditempatkan ) di dalam syurga (yang penuh nikmat) bertanya-tanya tentang (tempat
tinggal) orang yang bersalah. (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka
berkata), `Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?’ Orang-
orang yang bersalah itu menjawab, kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang
yang mengerjakan solat.’ “
SEKSAAN BAGI ORANG YANG MENIGGALKAN SOLAT
Orang yang meninggalkan solat akan ddiseksa dengan 15 seksaan; enam daripadanya
akan diterima di dunia, tiga daripadanya ketika nyawa di penghujung, tiga lagi
daripadanya ketika berada di dalam kubur dan tiga yang terakhirnya di hari kiamat.
6 SEKSAAN DITERIMA ALLAH:
1. Usianya tiada keberkatan.
2. Dihilangkan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya.
3. Tiada pahala setiap amalan yang dikerjakan.
4. Doanya sia-sia kerana tidak dimakbulkan oleh Allah s.w.t
5. Semua mahluk di dunia membencinya.
6. Tidak menerina bahagian daripada doa untuk orang-orang yang soleh.
3 SEKSAAN KETIKA NYAWA DI PENGHUJUNG:
1. Matinya adalah dalam kehinaan.
2. Matinya adalah dalam keadaan yang terlalu lapar.
3. Matinya adalah dalam keadaan yang sangat dahaga
3 SEKSAAN KETIKA BERADA DALAM KUBUR:
1. Kuburnya disempitkan.
2. Dibalik-balikkan dirinya dalam bara api yang dinyalakan.
3. Ular yang dinamakan Shajkul Akrak aan menyeksa si mayat sehingga kiamat.
3 SEKSAAN DI HARI KIAMAT:
1. Malaikat akan menyeretnya dalam keadaan hina masuk ke neraka.
2. Mendapat kemurkaan Allah s.w.t yang amat hina.
3. Allah s.w.t akan menghisabnya dengan berat yang terus dihumban ke neraka.
Untuk mengelakkan daripada terabai, maka peliharalah solat kita melebihi
daripada memelihara maruah kita sesame manusia di dunia ini. Jom lakukan!
Sumber: GenQ Isu 02
4 comments
Sungguh telah dinyatakan bahawa solat itulah ting agama. Mana mungkin akan tegak bila tiangnya tidak diperkukuhkan. Moga keimanan kita terus kukuh dlm mengharungi hidup yg tidak kekal ini. Insya-Allah....
iallah..smge kite dlm keimanan dan dlm keredhannya
sy pnh terbc dlm buku genQ bhwa cinta itu agama n agama i2 tiang (^_^)
mendlm mksdnyer wllau sesimple alam
selamat beramal
tanpa solat.. apa ertinya hidup seorang hamba kepada pencipta Nya... semua mau di ingkar.. solat yg wajib pun tak mahu dibuat... subhanAllah.. tetapi Allah masih berikan nikmat.. ttp tidak rahmat :)
manusia mengambli sikap smbll lewa dlm hal nh
mnsia sudh jauh berbeda dgn zmn rasuluallah..
mereka msh xdpt merasai kebesaran allah...
ya allah