Thursday, 19 May 2011

Malu untuk sekeping gambar


السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
 
Malu Untuk Sekeping Gambar..
Hati saya tidak senang. Saya membuka beberapa facebook para sahabat untuk melihat perkhabaran sahabat-sahabat yang merantau jauh dari tanah air. Cumanya ada beberapa facebook yang membuatkan muka saya ketat lagi kelat. Ketat kerana melihat gambar-gambar mereka yang suka-suka ditayang-tayang tanpa rasa malu atau bersalah. Saya tidaklah kisah sangat andai yang membuat tayangan itu mereka yang tidak bertudung. Mungkin belum terlintas di fikiran mereka bahawa gambar seorang wanita itu terlalulah peribadi untuk ditonton umum.apatahlgi kalau orang boleh ‘grab’ tanpa izin.

Saya menjadi kesal dan terlalu ghirah kerana ia turut mendapat sambutan wanita bertudung litup dan lebih-lebih saya kesalkan mereka yang berniqab juga turut berjinak-jinak dalam kegiatan ini. Tujuan saya menulis entri tentang ini bukan kerana ingin memalukan mereka, tetapi saya sungguh-sungguh mahu memberi kesedaran kepada mereka, (jika bukan kalian yang terlibat, berpesan-pesanlah kepada ‘golongan’ ini.) tentang rasional dan logiknya menayang gambar sendiri di website atau di internet.

Pertama, tolong tanya hati, waktu anda dengan semangatnya mencari-cari gambar sendiri dengan pose yang menggiurkan, atau pose yang memfokuskan pada bahagian muka atau mata( bagi yang berniqab) untuk diletakkan di internet, untuk apa semua itu anda lakukan? Saya pasti jawapan hanya satu. Tentunya anda mahu dilihat orang. Inilah diri anda. Yang lebih bahaya lagi, anda pasti suka dikomen :

“ comelnya awak”

“ geramnye..cantik”

“ aduhai, lawanya mata”

Setelah dikomen begini hati berbunga-bunga riang. Kalau boleh dilihat bentuk hati, pasti sudah mengembang macam belon. Bagi kalian yang wanita, uhh, jangan dinafikan persaan ini. Saya juga wanita seperti anda. Siapa yang tidak suka dipuji? Rasa terlambung-lambung di awan bukan? Tapi awas, jika ini adalah tujuannya, ia melambangkan satu pemikiran mentah dan kurang matang anak-anak remaja yang baru hendak kenal dunia. Sedangkan umur kalian sudah di paras dewasa, bahkan dengan nilai agama yang ada, sepatutnya sudah cukup membentuk rasa malu dalam diri. Biar hanya malu untuk sekeping gambar.

Kedua, tolong tanya hati, di mana nilai diri anda? Kenapa begitu mudah menyepahkan gambar di internet untuk tatapan mata-mata yang tidak selayaknya melihat anda? Bagi yang berniqab,( maaf kerana hati saya jadi berang melihat kalian suka-suka hati pose dengan niqab yang dipakai dan difokuskan bahagian mata dengan pandangan yang menggoda), untuk apa kalian menutup muka jika asalnya ingin mengelakkan fitnah, tetapi akhirnya sampai jadi begini. Bukan setakat memberi fitnah pada diri sendiri, bahkan telah memburukkan imej wanita lain yang berniqab yang tidak terlibat dengan kegiatan kalian. Astaghfirullah. Maafkan saya jika ingin saya katakan, jika kalian masih terus begini, dipersilakan untuk tanggalkan niqab kerana fungsi niqab telah terhapus sepenuhnya..!!!

Saya tak tahu kenapa.. tapi  berniqab ni macam satu fesyen bagi sesetengah individu. Perlu ke tayang foto berniqab di laman sosial? Terkadang hati saya tertanya-tanya.. " ni nak show off ke "..

Ada yang bagi alasan supaya kawan lama kenal kita.? Tiada cara lain lagikah.??

Wahai Muslimah berniqab.. Antunna ni pakai niqab sebab nak jaga diri dari difitnah, dari dilihat orang, atas rasa malu dan kecintaan kepada Allah kan? Tapi kenapa antunna tidak malu untuk menayangkan pada makhlukNya? Sepatutnya bila malu itu lebih kepada Allah, lantaran dosa dan sebagainya, antunna akan rasa segan dan malu nak menonjolkan diri sendiri.. Kerana apa kita berniqab..??

Wanita Muslimah..Diri anda, telah Allah muliakan dan sucikan bahkan diberi darjat yang tinggi dalam Islam. Tetapi apa yang kalian telah lakukan? Memurahkan diri untuk berkongsi diri dengan mereka yang bukan muhrim walau hanya dengan gambar. Jujurnya, saya merasa ‘pelik’ dan terpaksa saya beristighfar apabila melihat gambar-gambar kalian kerana rasa ‘jelek’ telah mengotorkan hati. Tetapi apa saya boleh buat, kalian telah menjemput saya untuk berasa demikian. Logiknya memang begitu. Saya memohon, hadirkanlah walau sekelumit rasa malu untuk hal ini. Jika hati belum terasa apa-apa, timbangkanlah dengan logik, apakah harga diri yang telah kalian letakkan? Itu sahaja.

Akhir, maafkan saya. Seribu maaf andai teguran ini agak keterlaluan. Apa yang saya harapkan ada jiwa yang masih lembut untuk menilai inti tulisan saya kali ini. Wanita muslimah, saya merayu sekali lagi, sayangilah diri, cintailah diri, jangan dibiarkan diri kita menjadi bahan untuk dimaksiatkan. Lindungilah diri, jagalah diri. Diri kalian adalah milik diri sepenuhnya dan nanti akan menjadi hak seorang suami apabila disempurnakan akad. Segala kecantikan itu biarlah dijaga untuk lelaki yang nanti bergelar suami. Yang berhak segalanya atas diri kalian..

Pesanan untuk ana dan muslimah sekalian..
~ pakaian melambangkan keperibadian dan imej Islam yang kita bawa..orang sekarang lebih cenderung menjustifikasi orang dari fizikal, bukan yang subjektif itu..jadi, kita bawa pakaian Islam, jangan pula kita membawa fitnah kepada Islam.. Oleh itu, sama ada kita berniqab atau tidak lebih baik kita "sembunyikan diri" kita..


"Wanita Solehah Itu Tidak Memandang Dan Tidak Dipandang.."

5 comments

9 June 2011 at 05:54

bgus.alhamdulillah

9 June 2011 at 09:43

alhamdulillah..

9 June 2011 at 13:22

insyaallah ukti .. moga pintu hati setiap muslimah yg membaca akan terbuka.. =)

9 June 2011 at 15:14

TERIMA KASIH
ingatkan kami semua...
May Allah bless you always

2 July 2011 at 23:19

thanks for share..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©