Assalamualaikum
Nak dimarah takut merajuk pula. Tapi meme nak marah jugak sebab di awalnya tak nak mengaku sampai lah sedetail nya iman bagitau baru lah Yop nak ngaku.. " Iyer, kasut sayang tertukar". Kan senang dah kabo gitu.
Last week jumaah prayer, Yop pinjam kasut legend iman. Al maklum la, kalau bawa kasut mahal takut hilang. Citer nya kasut iman yang Yop bawak ni meme feveret para Jemaah nak 'pinjam'. Iman dah cakap pakai je kasut selipar ni. Yang bini dia punyer jugak Yop nak rembat. Sabor je la iman ngn Yop ni. Dah tau dah kalau dekat Surau An-Nur Darussyifa Bangi tu meme ramai Jemaah. Balik dengan confident pakai kasut tu.
Petang nak antar Yop balik ke KTM Ukm je, sekali iman sarung selipar tu dah rasa lain macam. Warna dah sama, tapi... apa lagi jerit lah. Abbbgggg!!!!! Kasut sape ni? Tu dia tak mengaku dok nak tegak benang yang basah. Kita cakap bukan selipar kita sebab tengok ciiri-ciri dah tau. Boleh cakap gni Yop.. " Owh bukan kasut sayang ke? Warna sama, saiz pon sama "
Yop..yop kalo nak nipu bukan macam tu caranya. Iman boleh kenal selipar sendiri. Baru beli kasut time kawin ai tu. Selipar iman kot time kawin. Ciri-ciri yang iman kenal pasti saiznya besar sebelah sedangkan kasut iman saiz 5, ketebalan kasut sebelah kiri kanan lain jadi nya tak stabil nak guna, kehausan tapak dah tak keras macam baru-baru beli dan yang last tak sedap pakai. Mintak Yop ganti balik, boleh Yop cakap pakai jer la yang ada. Hamboiii... kita di suruh pakai kasut yang ada, dia plak yang cantik-cantik. Yop dah cakap awal2..ha kang post kt fb la tu tajuknya KASUT HILANG DIMEJID TIME SUAMI BAWA PERGI SEMAYANG JUMAAT. Hamboi stalker nya Yop ni, jelingan maut yang Yop dapat dari iman. Sekarang, tengah bersabar memakai kasut yang bukan milik kita. Amat tak selesa =(
|
kasut yang Yop rembat, dari sini boleh tgk betapa lain nya ciri2 tu |