Tuesday, 14 October 2014

Air Selasih Pandan... Ngilunya

Assalamualaikum

Lama tak update? Biasalah bila sifat suka menunda kan? Iman sebenarnya banyak nak citer tapi tunggu sifat R mai la yer. Ahad lepas iman pergi Ikea Damansara. Batak so first time pergi meme dah ada niat nak tangkap beberapa barang. Sebelum pergi, iman akan check price list dekat Ikea dulu. Cari apa nak, then dekat sana carik lah benda tu. Boleh bajet konon nya. Tapi disebab iman first time, dengan tak sengaja terambil barang-barang lain plak. Huhuhu... puas hati.

Bila dah penat window shopping, cari tempat solat maghrib then pergi makan. Iman makan dekat tesco sebelah dengan The Curve je. Sodap jugak la, singgah dekat Jambori. Tertarik dengan air ni terus oder. Iman oder sebab ada selasih. Dengar-dengar selasih ni boleh sejukkan badan. Iman pon try apa lah ghupe rasanya kan? Plus plak dengan pandan... erkkk???? Bila dah mai, try sedut selasih & gigit. 

Uuuiii...arrghhh... ngilunya. Tetibe gigi geraham belakang jadi sakit. Pe hal plak ni. Padahal iman meme tak boleh makan selasih. Hari tu ngada2 nak try sebab nak cooling down temperature bdn ni. By d way, air nya sedap banget. Cuma yang spoil iman, selasih je la. Ingat pandan terasa sangat, tpi more kepada lime la. Eh try la tau siapa yang nak try. Tak rugi pon sebab sedap. Harga yang iman dapat RM6.90 before GST next year.

Air Selasih Pandan

Saturday, 11 October 2014

GIVEAWAY 2014 BELOG CIK KUMBANG

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang bermula pada jam 9.30 pagi 9 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 28 Oktober 2014.Sepuluh blogger bertuah akan dipilih untuk memenangi Template Eksklusif untuk Bloglist dari cikkumbang.

Semua blogger dijemput untuk menyertai Giveaway ini sambil berkenalan sesama blogger.

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow Blog Sponsor
CikKumbangAzhafizahSyiraLokmanDayangDeno

2. Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish.

5. Make sure korang tinggalkan link entri di ruangan komen INI & nyatakan Bulan Kelahiran korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist mengikut Bulan Kelahiran plus boleh wish birthday nanti (x__X)

TARIKH TAMAT: 28 Oktober 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

Good luck!

Faktor Pembawakkan Membuatkan Tidak Tidur

Assalamualaikum

Alhamdulillah...erkkkkk kenyang rasanya dapat makan makanan yang mengidam ni. Rupanya ini lah rasa nya bila ngidam yer. Ops! bukan ngidam sebarang ngidam yer. Iman ni dah ngidam kambing bakar sangat-sangat. Sedangkan sebelum ni kalau nampak kambing mesti geli nak muntah. Maaflah terpaksa jujur apa yang iman rasa. Mau tak nak muntah nya. Bau nya macam meloyakan. Allah... tapi rasa serba salah sebab masa zaman nabi itulah makanan kesukaan nabi.

Pernah try makan, tapi muntah balik. Tangan yang pegang daging tu, cepat2 iman sental dengan berus & sabun sebab tak nak berbau. Bila pergi event mana-mana, mesti akan disajikan kambing bakar. Dah lah teman idak makan, boleh plak disaji itu. Balik dengan perut kosong je la. Tapi iman pun tak tahu. Sejak dua menjak ni, teringin bebenor kambing bakar. Al kisahnya, iman lepak dengan member dekat downtown jalan reko bangi ni. Dekat je dengan asrama iman. So pergi cari makan, tapi mata asyik terpandang kambing bakar je.

Bila dah balik umah, esok nya asyik mengidam2 sampai nak tido pejam mata terbayang kambing je. Nak beli pun asyik tertunda je. Malam ni dah tak tahan pi redah juga beli kambing bakar. Perggghhhh.... sedap rupenyeeerrr. Iman beli satu polisterin tu RM10 tapi tak tahu bpe gram. Itu pon tadi dia timbang. Bro ni masak tak berbau langsung kambing nya. Iman menikmati sampai esok nak beli lagi. Sape nak try kambing bakar bbq, sila pergi ke downtown jalan reko bangi. Stall abg ni tak jauh dari jalan. Dia stall yang tengah2 baris. Sedap nyaa.....

Gara-gara pembawakkan tekak ni lah iman bantai kambing bakar. Malam ni boleh tido lena. Esok pi sambung carik lagi. Ingat esok nak pi choleq stall yang femes dengan megi ketam nya. Nanti iman review.


Inilah yang iman beli RM10

sumber ihsan : Google image

Saturday, 4 October 2014

Salam Rantau Eidul Adha Dari Iman

Assalamualaikum

" Menjelang hari raya "
" Berakhirnya puasa "
" Bergema takbir senja menyambut syawal indah "

Waduh esok kita sudah beraya. Iman?? Balik lepas zohor sebab pagi nh koje la apa lagi. Iman nun dok perak je kat teluk intan. Dari rantau lah sangat kan? Raya kali ni tak berapa nak ramai yang balik sebab akk yang sulung tak balik. Suami kena kerja so kena teman suami lah. Abg Ijam pula, kena kerja raya kedua. Yela sekian lama 'rehat' sebab accident baru-baru ni. Abg ije pula, tak balik sebab SIL Kak +Nad MamaZN tak sihat. Sunyinya tak ada suara budak-budak.

Emak macam biasa lah, jiwa kental. Walau anak tak balik, dia tetap buat happy. Emak, i know what in your heart T___ T. Tak mau cakap panjang, SALAM EIDUL ADHA dari iman dan sekeluarga. Semoga dengan korban kali ni, kita mmpu menyucikan diri dari segala dosa. Allahuuu

Gua rindu saat2 ini. Gua tak rasa lepas ni kita dapat berkumpul bersama lagi T___ T



Wednesday, 1 October 2014

Rawatan Alternatif Untuk Membuka Atau meluaskan Salur Darah Yang Tersumbat

Assalamualaikum

Iman ada terbaca dalam sumber fb bagi rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan salaur darah yang tersumbat. Jadi sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat yang akan menjalani pembedahan angiografi atau bypass, bolehlah mecuba rawatan alternatif ini.

Resepi ini diberikan oleh Vaid Sahab (doktor di Auyervedi) untuk dikongsi bersama.

Bahan yang diperlukan dan disediakan :

1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal
3 cawan madu semulajadi *

Caranya

 Campurkan semua bahan kecuali * dan masak diatas api yang perlahan selama 1 jam (60minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan sahaja. Sejukkan, dan campurkan bahan *, dan simpan dalam balang yang bersih.

Minum campuran ubat ini satu (1) sudu makan setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. Insya allah rawatan ini akan berhasil.

Sumber fb

Ingat kita cuma berikhtiar dan berusaha dan semua nya atas kekuasaan NYA.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©