Assalamualaikum
Hal ini juga merupakan satu masalah juga pada kita tak kira bujang @ sudah berkahwin. Dapat gaji je, hujung bulan dah tak cukup nak guna. Mula la catu makan minum. Sedar tak kita, pernah tak kita tanya pada diri sendir " kenapa ek asyik tak cukup je duit ni? Gaji dah beso gedabak tak asyik tak cukup je". Penah tak terpancul dari mulut keluar perkataan macam ni? Jom BK share kan cara nak cukupkan duit gaji tu, pendek kata cara nak menguruskan duit gaji yang kita dapat selepas berhempas pulas.
- Bila hari terima gaji, jangan lupa emak ayah. Perkara pertama perlu transfer untuk mereka dulu. Tak kisah lah banyak ke sikit ke, walau kita tahu kadang-kadang pendapatan mereka telah mencukupi untuk keperluan mereka sendiri. Anggap je ini hadiah untuk mereka. Percayalah, duit gaji kita mesti cukup.
- Jangan dilupa " Tabung Haji ", memotong melalui potongan gaji adalah lebih baik. Nak tahu tak, bila kita sudah berdaftar haji, maknanya kita sudah mempunyai Nawaitu!.
- Sebagai seorang ayah, kita perlukan aqiqah anak dulu sebelum membeli kemahuan yang lain. Belum aqiqah anak tapi sudah berangan-angan nak beli Tv LED baru, sport rim baru, bini baru..eh? silap plak ^_^.
- Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami !. Tidak salah jika isteri berkata, " duit i, duit i, duit u, duit i ! ". Tapi redha itu lebih penting. Suami pula jangalah ambil kesempatan atas isteri.
- Sebagai seorang isteri yang tidak bekerja, redha apa yang ada. Jangan merungut!. Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.
- Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu?. Orang susah, anak yatim?.Rezeki kita pasti cukup jika mendahulukan orang yang dekat!.
- Jangan kedekut, tapi jangan terlalu boros!. Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan-kawan.