Monday, 31 March 2014

Review SlimFast Diet : Cabaran 10 Hari

Assalamualaikum

10 hari pun sudah berlalu untuk cabaran Slimfast Diet yang ditaja oleh MyBeauty Herbs dan Kak Mia. Terima kasih kepada mereka yang tidak terhingga. Ramai yang BK baca perubahan dari semasa ke semasa selepas minum SFD ni mendapat kesan yang positif. Alhamdulillah ada perubahan. Macam mana pula dengan BK? Ramai kot yang kecewa dengan kesan pada diri BK sendiri. BK pon tak tahu kenapa jadi macam ni. Jom journey BK bersama SFD selama 10hari.




Masalah yang dihadapi

Tentu tahu kenapa BK join GA ni. Sebabnya BK mempunyai masalh sakit tumit kaki kerana berat yang berlebihan sehingga tidak dapat menampung badan BK. BK ada cerita dalam entry INI. So boleh rujuk kembali.

Hari Pertama

Hari pertama minum SFD macam biasa, segala toksin dalam badan akan dibuang. Disamping itu, ia menstabilkan metabolisma dalam badan. Nak tahu macam mana. Contoh kalau kita makan benda yang kurang sihat eg: benda berminyak maka makin banyak la keluar segala toksin. Jangan cakap lah penatnya pergi masuk keluar tandas sampai badan weak. Member siap suruh pergi jumpa doktor suh ambil air garam (ORS) untuk dihydrate kan balik air dalam badan. Tapi BK kuat tak nak ambil benda-benda tu semua. Pengambilan air minum yang banyak sehingga BK sanggup beli botol air baru 2.7liter untuk cabaran ni.

Hari Ke Lima


Badan dah  jadi ringan. Waktu tu try timbang, turun 1kg je. Tak pe ada lagi berbaki 5hari untuk terus minum SFD ni. Bangun pagi pun dah kurang sakit kaki. Memang SFD salah satu produk yang berkesan untuk BK dalam masalah kegemukkan. Minum sehingga 3liter air sehari, kadang-kadang lebih. 

Hari Ke Sepuluh


Hari yang ditunggu telah tiba. Pagi-pagi timbang berat badan. Rasa luluh hati bila tengok timbang tu. Naik 1kg balik jadi berat BK 72kg balik. Oh!! Macam mana ni?? T______ T. Sedihnya... tak apa, at least SFD membantu BK berdisplin cara-cara pengambilan makanan. Walau pun berat naik, tapi BK puas hati sebab perut BK yang ala-ala 'tummy' ni dah berkurang. Maknanya.. tak muncit dah.Tak snap sebab segan. Dan paling best, BK dah jarang sakit tumit. Walau SFD dah habis minum, BK still amalkan cara berDA dan minum air banyak. Lupa.... ukur lilit lengan BK macam dah berkurang sebab baju BK yang tak muat dah boleh masuk walau tak banyak huhu...TQ Mybeauty Herbs & Kak Mia.



Giveaway SlimFast Diet dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs dengan hadiah dan wang tunai bernilai RM 3,600 untuk dimenangi.

13 comments:

  1. ada gak baca blogger lain yg join ga ni
    dorg ckp maybe sbb kurang bersenam jadi salah satu faktor kurang penurunan
    takpe, teruskan je apa yg bk dh buat
    kita tgk bulan pose nnt plak ;)
    mesti lg byk turunnya, hihi

    ReplyDelete
  2. tak apa, usaha tangga kejayaan, yang penting jangan give up ok :D kena rajin search untuk kuruskan badan :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum BK, wahh bestnya review dia. hehe singgah menabung ford sini~~~

    ReplyDelete
  4. ramai blogger yg review product ni . semoga cepat turun berat badannya ...

    ReplyDelete
  5. tahniah!

    jemput join http://sayasyiera.blogspot.com/2014/04/syiera-firdauss-april-giveaway.html

    ReplyDelete
  6. tahniah!

    jemput join http://sayasyiera.blogspot.com/2014/04/syiera-firdauss-april-giveaway.html

    ReplyDelete
  7. Assalam BK , ..eh tak sangka pulak weight blh naik turun dan naik semula...maybe SFD dah fokus kat mana yg sakit tu; at least dah hilang sengsara tu kan..Tahniah BK walau camana pun keyakinan terhadap SFD makin bertambah. semoga berjaya ke peringkat seterusnya.

    http://www.nazlee.com/2014/03/review-slimfast-diet-selepas-10-hari.html

    ReplyDelete
  8. Salam. tahniah... semoga berjaya ke perngkat seterusnya..

    http://dindamaisarra.blogspot.com/2014/03/review-10-hari-bersama-slimfast-diet.html

    ReplyDelete
  9. hai BK..Tahniah sbb terpilih antara 40org tu..xpelah kalo x berjaya turun berat tp sekurangnya mslh sakit tumit BK dh berkurang kan?? Maybe BK boleh terus continue benda ni..InsyaAllah

    ReplyDelete
  10. Salam,wahhh... tahniah kerana berjaya mengurangkan berat badan anda dengan meminum slimfast diet Semoga anda berjaya ke pusingan seterusnya. Jalan-jalan blogwalking dari senarai peserta Slimfast diet Mialiana.com - Salam ukhwah dari MyCherita

    ReplyDelete
  11. tak pe walaupun berat tak turun tp sakit tumit hilang
    dr segmen yg sama
    http://hazelmerah.blogspot.com/2014/03/kembali-ramping-dengan-slimfast-diet.html

    ReplyDelete