Saturday, 30 March 2013

Sabar dan terus bersabar

Assalamualaikum

Sabar dan terus bersabar adalah kunci untuk orang islam bila didatangi ujian bagi mendewasakan diri ini. Setiap orang diuji dengan pelbagai perbezaan ujian ada yang diuji dengan penyakit, kaya, susah, kematian dan macam-macam lagi. Tapi siapa kita nak lepas dari setiap ujian yang diberi olehNYA. Bak kata pepatah arab " Jika kita tidak jumpa jalan penyelesaian lagi maka dengan sabarlah ubatnya ".


Aku rela hatiku untuk diproses

Apa yang BK lalui tahun ni amat hebat ujianNYA. Diantaranya dua insan kesayangan BK menjalani pembedahan pertama kalai dalam hidupnya. Sabtu hari (29.3.2013) salah seorang insan kesayangan BK telah menjalani pembedahan barah otak di Hospital Kuching dan sehingga kini BK langsung tak dapat berita dari dia. BK takut tak dapat jumpa dengan dia lagi. Dan insan kesayangan BK seorang lagi iaitu adik BK pula yang akan menjalankan pembedahan untuk masuk besi dalam peha nya pada hari isnin ni (1.4.2013). Untuk kedua-dua nya BK tak dapat nak berada disamping mereka saat melalui waktu-waktu getir. Pada masa yang sama ALLAH turunkan ujian lagi dengan dua orang pak cik BK sakit buah pinggang tak berfungsi dan seorang lagi sakit tidak dapat dikesan. Bertambah lagi ujian dengan kesannya bila fitnah terhadap keluarga BK pula. BK pon penah meluahkan semua pada kawan-kawan dan BK ambil kata-kata itu semua dan menganggap ALLAH sayang dekat BK dan sekeluarga dengan menurunkan pelbagai ujian supaya kami semua bertambah dekat padaNYA.


#maaf jika BK tidak dapat join mana-mana segmen serta BW yang xsempat BK nak buat kerana BK sedang melalui saat2 itu. Kepada owner GA mahupun segmen yang BK sponsor sila inforn dekat email BK untuk memberitahu para pemenang. BK minta maaf kerana tidak dapat elak lagi. Doakan kami sekeluarga kuat!

10 comments:

  1. terus tabah n berdoa. Tiada yang mustahil dgn Takdir Allah. suratan itu yang Terbaik utk hambaNya, Salam ukhwah :)

    ReplyDelete
  2. semoga semuanya berjalan lancar..dan BK sentiasa tabah

    ReplyDelete
  3. Setiap dugaan tu
    Akan buat kita lebih hargai org tersayang
    Akan buat kita rapat dgn keluarga
    Akan buat kita lebih kuat hadapi cabaran lain
    Akan buat kita lebih dekat dgn Tuhan
    Dan Allah tak akan beri dugaan melebihi dr kemampuan kita utk hadapinya
    Banyak hikmahnya kan?
    Lebih byk dugaan lebih banyak la sayang Allah kat kita
    Sama2 bersyukur sbb kita adalah yg terpilih tu...
    Sabar k, kita sama2 doakan moga segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar..

    ReplyDelete
  4. Sori, pjg plak komennya :)

    ReplyDelete
  5. besar dugaan tue BK..semoga BK tetap tabah

    ReplyDelete
  6. bersabar la kawan...sesungguhnya,,hambaNya sentiasa diuji...

    ReplyDelete
  7. ada sesetengah org, bila dinasihtkan brsabar dye ckp dh sbrlah ni ! tulah kurg sbr senanya :)semoga BK sentiasa tabah walau seberat manapun ujian Allah AMIIN ^^,

    ReplyDelete
  8. sbr Bk..byk2 doa ngn Allah..Allah sentiasa bersama dengan org yg sabar..

    ReplyDelete
  9. kalau bk ada kelapangan bru bw tempt ta.tak de hal.

    ReplyDelete
  10. in shaa ALLAH iman.
    sama macam ciksu
    jan opah masuk wad
    feb ciksu ke melaka kenduri
    mac pak sedara di melaka meninggal
    mac abang ipar xcident
    april anak sedara sebelah en suami masuk wad..

    semoga kita kuat sbb kita insan terpilih itu

    ReplyDelete