Thursday, 17 January 2013

Hukum hugging-hugging


A: Apa hukum lelaki perempuan peluk-peluk tapi tak kahwin ?

B: Dosa la, sebab hukumnya Haram.

A: Tapi, kalau lelaki perempuan tu dah kahwin ?

B: Dah kahwin tak apa la...dah laki bini..nak peluk-peluk suka hati la..

A: Apa kau rasa kalau kau nampak couple Melayu peluk-peluk di public ?

B: Confirm aku menyampah ! Terang-terang buat maksiat depan orang ramai !

A: Kalau pasangan Melayu yang dah kahwin peluk-peluk di public ?

B: Dah kahwin tak apa la...dah laki bini..nak peluk-peluk suka hati diorang la..

A: Hmm...betul ke perbuatan tu tidak salah...?

A: Sekarang, bayangkan kau seorang pegawai pencegah maksiat dan ada undang-undang Islam tempatan menyatakan bahawa lelaki perempuan Islam yang berkelakuan tidak sopan menyerupai maksiat di tempat awam boleh diminta menunjukkan sijil/kad nikah. Katakan, satu hari kau dan rakan pasukan terserempak seorang lelaki muda Melayu sedang memeluk intim pinggang perempuan di sebelahnya, adakah kau akan pergi dan menahan pasangan tersebut untuk meminta sijil/kad nikah ?

B: Errr....mungkin...mungkin aku akan minta mereka tunjukkan...sebab aku tak tahu mereka sudah nikah atau belum ? Keadaan mereka meragukan...

A: Sekarang kau nampak tak apa salahnya....?

B: Ooo...berpelukan antara lelaki perempuan di public boleh menimbulkan fitnah..!! Walaupun sudah berkahwin tetapi berpelukan intim di public boleh menyebabkan rasa syak wasangka negatif pada mata orang ramai yang memandang, lalu boleh menjatuhkan maruah dan air muka pasangan suami isteri terbabit...

A: Tahu takpe..




p/s: iman nak share hukum pelok2 sebab iman mungkin xmampu nak tegur kwn2. Takut terasa hati lebih baik iman buat general mcm nh. Mungkin suatu hari nanti iman pon terlupa ada org akan ingtkan iman balik. Iman xd niat nak lukakan sape2, iman tegur sbb iman syg. Kadang2 kite terlalu eksited kawin tapi lupa dgn keadaan sekeliling. Tolong sgt2, pikir positif ek. Ini untuk iman dan kwn2 yg laen. Mana yang lemah dtgnya dri iman,  dan yang baek dtgnya dri Allah subahanallah taala

18 comments:

  1. boleh je . . Mai mmg buat khas utk awk :)

    ReplyDelete
  2. ramai couple yang berpelukan macam ni tanpa segan silu.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum. betui-3^^ even da kawen taa bole jugak dak peluk kat public, nati orang tengok pun menimbulkan shahwat jugak. UAI cakap..huhuh.

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum iman..keterujaan semasa bercinta itu tidak perlu dipraktikkan apatah lagi masih tidak halal statusnya..adalah lebih baik simpan keterujaan itu sebagai benih dan baja rumahtangga yang bakal di bina..walaupun telah bernikah apabila bersentuhan suami isteri..air wudhuk tetap terbatal ini kan pula belum bernikah..kemanisan itu kita perlu pelihara..bukan hampas yang kita harapkan..

    ReplyDelete
  5. skrg ni rmai ja..mcm xingt dosa dh..haha...

    ReplyDelete
  6. setuju dengan entry nih..~ kesian pada yang dah kawen..tapi..jgn la over kan

    ReplyDelete
  7. Kalau diaorg dah kahwin..agaknya kat rumah tak peluk2 kot..huhu..tak payah la tunjuk kat org ramau yg kononya korg ni pasangan bahagia..tak elok aiihh anak kecik tgk..

    ReplyDelete
  8. yup yang ini KA setuju sgt!

    ReplyDelete
  9. segan tau kak fieda kalau tgk org peluk2 kat public ni wlpn dah kawin..kena la jaga sikit mata2 org memandang kan tanda hormat..

    ReplyDelete
  10. segan tau kak fieda kalau tgk org peluk2 kat public ni wlpn dah kawin..kena la jaga sikit mata2 org memandang kan tanda hormat..

    ReplyDelete
  11. terkadang kita boleh bezakan pasangan dah kahwin atau sebaliknya

    ReplyDelete
  12. teguran secara diplomatik...bagus

    ReplyDelete
  13. Walaupun dah kahwin tak manis. Org tak kahwin tgk nanti teringin ;) akak malu nak buat mcm tu :) nak berpisah lama pun salam cium tgn je kat Public. Kat rmh lainlah ;)

    ReplyDelete
  14. betul tu iman.

    dah kawin buat cara dah kawin.tak payah nak tunjuk sangat kan. biarlah `intim` dirumah saja kan.lebih elok.

    usah dipertontonkan kemesraan itu :D

    ReplyDelete
  15. kalau benda yang boleh timbulkan fitnah baik kita elakkan..nurul ngan hubby tak pernah plak wlau dah kawen tapi tangan pegang jugak..hehe

    tapi kalau dengan apa jua cara kalau untuk menimbulkan riak baik elakkan=)nice sharing

    ReplyDelete